Pembangunan vaksin pertama Malaysia bagi penyakit kolera atau taun akan memasuki fasa ujian klinikal menjelang penghujung tahun ini. Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba, ketika mengumumkan perkembangan itu berkata, proses pembangunan vaksin untuk penyakit bawaan makanan dan air itu diterajui bersama sebuah universiti swasta dan awam.