Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


PENYELESAIAN TANPA TUNAI MYFON UNTUK 10,000 SEKOLAH DAN PUSAT LATIHAN KHIDMAT NEGARA

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Syarikat inkubati Technology Park Malaysia (TPM), Pure Spectrum Technologies Sdn Bhd, sebuah syarikat ICT yang berpangkalan di TPM, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, merancang untuk memasang telefon awam GSM tanpa tunai dan berasaskan SIM untuk pelajar di 10,000 sekolah dan pusat-pusat latihan khidmat negara di seluruh negara dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pure Spectrum Technologies telah dipilih oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk mengkomersilkan produk inovatifnya yang dikenali sebagai “MyFon” di bawah program Tahun Pengkomersilan MOSTI 2016.

MyFon yang dibangunkan dalam negara adalah yang pertama seumpamanya di Asia untuk dikomersialkan dalam menggantikan teknologi telefon lama yang dikendalikan dengan duit syiling. Prototaip pertama telah dibangunkan dengan kerjasama TPM Engineering Sdn Bhd, sebuah anak syarikat TPM.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Dato’ Ir. Mohd Azman Haji Shahidin melahirkan keyakinan bahawa Pure Spectrum Technologies yang mempunyai teknologi berevolusi pertama seumpamanya di Asia, akan menarik prospek yang kukuh daripada negara-negara lain di rantau ini.

“Kami gembira kerana dapat memainkan peranan kami dalam membantu mamacu teknologi Pure Spectrum Technologies melalui program-program keusahawanan berkaitan teknologi yang ditawarkan oleh TPM IIC serta perkhidmatan kejuruteraan jitu oleh TPM Engineering.

“Adalah menjadi harapan kami bahawa kejayaan syarikat inkubati sekarang dan masa lalu akan menjadi inspirasi kepada usahawan masa depan untuk meneroka kerjasama dan perkhidmatan TPM dalam membantu mengkomersilkan produk mereka dalam pasaran tempatan dan global,” kata Azman.

MyFon dibangunkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Pure Spectrum Technologies, Haji Shafiee Saleh, yang memiliki lebih dari 20 tahun pengalaman dalam industri telekomunikasi. Beliau berkata MyFon juga akan menjadi telefon awam pertama dengan keupayaan kad SIM yang mampu menangani keperluan komunikasi para pelajar di sekolah dan pusat latihan khidmat negara, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai akses kepada telefon bimbit masing-masing.

“Teknologi ini telah dibangunkan pada awal suku pertama 2013. Projek perintis pertama pada 2014 melibatkan 550 Telefon Awam MyFon (MPP) di 120 sekolah di seluruh negara. Dengan keusangan teknologi telefon syiling di dunia, dunia memerlukan satu penyelesaian baru yang lebih murah, mudah diakses, dan lebih dipercayai. MyFon menampung gaya hidup semasa dengan ciri-ciri keselamatan dan memenuhi keperluan pelajar terutamanya di tempat larangan membawa telefon bimbit, ”katanya.

Dalam usaha untuk meningkatkan lagi keupayaan dan kapasiti MyFon, Shafiee berkata syarikatnya akan bekerjasama rapat dengan TPM Engineering untuk meningkatkan kualiti dan paiwaian produk.

Tentang aplikasi MyFon, pengguna memerlukan sama ada salah satu daripada dua kad SIM, salah satu yang akan digunakan dalam telefon bimbit mereka di rumah dan yang lain untuk digunakan dalam Telefon Awam MyFon (MPP) di sekolah melalui ciri perkongsian kredit.

Pure Spectrum Technologies setakat ini telah melabur lebih daripada RM2 juta dalam aktiviti R&D untuk membangunkan MyFon. Syarikat tersebut kini dalam rundingan dengan beberapa rakan kongsi untuk mengeksport produknya ke Thailand, Indonesia dan Bangladesh.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pure Spectrum Technologies, seramai lima juta pengguna di seluruh negara mencatatkan penggunaan 500 juta telefon setiap tahun. Ini diterjemahkan kepada potensi pasaran sebanyak RM500 juta setiap tahun bagi syarikat itu apabila keseluruhan projek itu dilaksanakan.

Syarikat itu menyasarkan untuk menghasilkan dan mengendalikan 20,000 unit MPP dalam tempoh dua tahun akan datang. Ia dijangka mencapai perolehan tahunan sebanyak RM220 juta apabila ia dilaksanakan sepenuhnya. Sebahagian besar daripada aliran pendapatan adalah dari dari top-up kad SIM Myfon.

Technology Park Malaysia Sdn Bhd, sebuah agensi MOSTI, mempunyai infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu tekno-usahawan dan usahawan yang berminat untuk mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri, iaitu, ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau.

 

### Ends ###

Issued by:

Corporate Communications Department

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

For more enquiries, please contact:

Puan Jamilah Taib,

Senior Manager, Strategic Communication& Stakeholder Management

Tel: 603-8998 2020    

H/P: 019 – 281 8220  

Fax: 603-8998 2110

Source: View Attachment
Date: May 24, 2016
Page:
Website URL:


Untitled Document