Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


PUSAT PEMBANGUNAN USAHAWAN BARU DI TPM MERANGSANG PENYERTAAN BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN


KUALA LUMPUR, MAC 17 - Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) telah memperkenalkan kemudahan baru yang dikenali sebagai Pusat Pembangunan Tekno-usahawan (TPM TDC) dalam usaha memacu pembangunan dan pertumbuhan penyertaan Bumiputera dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

Dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan sepenuhnya, Pusat Pembangunan Tekno-usahawan tersebut disokong kuat oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di mana kedua-dua organisasi tersebut akan bekerjasama rapat dengan TPM untuk memacu agenda nasional perniagaan dan pertumbuhan pembangunan ekonomi Bumiputera.

TPM EDC telah dilancarkan secara rasmi hari ini oleh Pengerusi TPM, Dato’ Ahmad Fauzi Zahari bersama-sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Dato’ Husni Salleh, Pengarah Eksekutif INSKEN, En. Norizan Sharif dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Dato’ Ir. Mohd Azman Haji Shahidin.

Bercakap pada majlis itu, Ahmad Fauzi berkata usaha bersama TERAJU, INSKEN dan TPM akan menjadi satu langkah penting untuk menggalakkan dan memberi kuasa kepada pembangunan dan pertumbuhan penyertaan Bumiputera dalam bidang keusahawanan dan sektor perniagaan.

Beliau berkata terdapat banyak peluang perniagaan wujud dengan pelaksanaan Komuniti Ekonomi Asean baru-baru ini dan lain-lain perjanjian perdagangan global yang berkaitan yang disokong oleh kerajaan Malaysia.

“Dengan perkembangan baru itu, adalah penting bagi usahawan dan perniagaan Bumiputera untuk terus membina dan mengukuhkan kedudukan mereka dalam pasaran global untuk bersaing dengan cekap demi kemampanan jangka panjang mereka,” tambah Ahmad Fauzi.

TPM TDC akan menjadi platform atau kemudahan untuk ahli SUPERB dari TERAJU serta usahawan Bumiputera lain untuk menjalin rangkaian perniagaan mereka dan mendapatkan bimbingan. Ia adalah kemudahan yang dilengkapi sepenuhnya dengan infrastruktur yang diperlukan, peralatan dan perkakasan lain yang berkaitan untuk memenuhi keperluan usahawan. Ianya adalah tempat untuk para usahawan untuk berinteraksi dan mewujudkan perkongsian sinergi di kalangan mereka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Dato’ Husni Salleh menyuarakan keyakinan bahawa kerjasama dengan TPM untuk pusat pembangunan tersebut adalah langkah strategik untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai usahawan dan perniagaan Bumiputera meneroka sempadan ekonomi baru.

Perniagaan Bumiputera perlu mampan dan mereka perlu meningkatkan kapasiti dan keupayaan mereka untuk dipadankan dengan standard global demi mencapai objektif pertumbuhan mereka,

Beliau turut menambah bahawa Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) baru-baru ini telah menamatkan siri pertama bagi tahun 2016. Program ini diterajui oleh TERAJU yang bertujuan memperkasa dan memanfaatkan syarikat permulaan Bumiputera melalui bantuan kewangan dan sokongan dari segi bimbingan, latihan dan akses kepada venture capitalist untuk dana lanjutan.Sejak program ini pertama kali dilancarkan pada tahun 2014, 90 usahawan Bumiputera yang berpotensi telah dikenal pasti untuk menerima geran bernilai RM45 juta.

“Bagi tahun semasa, kami menjangkakan untuk memberi geran RM20 juta kepada 40 syarikat permulaan Bumiputera yang layak dimana usahawan muda Bumiputera akan menerima geran SUPERB untuk membantu mereka mengkomersialkan produk mereka dan membawa perniagaan mereka ke tahap yang seterusnya,” kata Husni.

Bersempena dengan pelancaran TPM EDC, INSKEN juga telah membentuk kerjasama trategik bersama TPM untuk Program Pembangunan SUPERB INSKEN bagi 90 orang pemenang SUPERB 2014 dan 2015.

Program ini bermula dengan penglibatan semua 90 pemenang SUPERB hari ini di bawah fasa pertama untuk perundingan ujian profil individu dan latihan berkumpulan oleh jurulatih kami. Semua pemenang akan dianalisis pada dua tahap - tahap keusahawanan dan firma. Di peringkat keusahawanan, pemenang akan dianalisis dengan menggunakan ujian psikometrik yang canggih untuk menganalisis jurang kepada tingkah laku dan kecekapan usahawan”. Ini diikuti oleh tahap firma dimana pemenang akan dianalisis analisis untuk mengesahkan kedudukan semasa mereka dari segi pembangunan produk, keupayaan syarikat dan kapasiti dan analisis kemasukan pasaran. Pada akhir fasa pertama program ini, TERAJU dan INSKEN akan dapat mengenalpasti status setiap pemenang dan menentukan action plan untuk menangani keperluan mereka.

TPM menyediakan perkhidmatan inkubator sejak tahun 1996 dan terus dipertingkatkan pada tahun 2010 dengan penubuhan Innovation Incubation Centre (IIC). Ianya memberi tumpuan kepada penyediaan perkhidmatan sokongan yang komprehensif dan bersepadu melalui bimbingan, mentor, latihan dan perundingan. Dengan penubuhan IIC, program inkubasi TPM menawarkan ekosistem keusahawanan yang lengkap, iaitu prasarana disediakan oleh TPM Biotech dan TPM Engineering, infrastruktur maklumat disediakan oleh TPM IT, dan sokongan oleh IIC.

Melalui IIC, TPM telah berterusan menjalankan antara 90-120 program keusahawanan yang memberi manfaat kepada antara 900-1500 usahawan setiap tahun. Melalui program signature mereka, terutamanya Transformational Coaching and Mentoring Program: Hero to Superhero dan Zero to Hero Apprenticeship Program, TPM membantu kira-kira 70 peniaga bumiputera di bawah Vendor Development Program dan mewujudkan 17 usahawan baru dan vendor tier ketiga di bawah program Zero to Hero Apprenticeship, dengan jualan terkumpul sebanyak RM2.1 juta selepas bimbingan selama dua tahun.

Pada tahun 2014, TPM meluaskan perkhidmatannya dengan pengenalan Advanced Virtual Incubation Services atau ADVISE, yang pertama seumpamanya di negara ini - menghapuskan halangan geografi dan kewangan usahawan bagi  membolehkan mereka mendapat akses perkhidmatan bimbingan TPM. Sehingga hari ini, kami telah memupuk 160 usahawan maya dan kami berharap untuk meningkatkan bilangan ini kepada 300 pada tahun ini.

Kami juga berbesar hati untuk memaklumkan beberapa inisiatif akan datang, iaitu TPM Facilitation Fund dan program Mentor Stargazers. Melalui Facilitation Fund TPM, PKS yang layak akan diberi bantuan yang hampir sama untuk menggunakan perkhidmatan TPM Engineering dan TPM Biotech. Manakala di bawah Program Mentor Stargazers, TPM akan menubuhkan kumpulan mentor, yang terdiri dari pengamal dalam pelbagai industri untuk menyediakan perkhidmatan mentor kepada usahawan di bawah jagaannya.

Technology Park Malaysia Sdn Bhd, sebuah agensi MOSTI, mempunyai infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu usahawan tekno dan usahawan yang berminat untuk mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri, iaitu, ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau.

 

#### Tamat ####

 

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Komunikasi Korporat

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Aniz Adura Abdul Majid,

Pengurus Kanan, Komunikasi Korporat & Pengurusan Pihak Berkepentingan

Tel: 603-8998 2020 

Faks: 603-8998 2110

Telefon Bimbit: 019-646 6258

Source: View Attachment
Date: March 17, 2016
Page:
Website URL:


Untitled Document