Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


TPM MENGINPIRASIKAN PELAJAR DENGAN AKTIVITI STIMULASI KERJAYA DI BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI

KUCHING, 3 MAC – Aktiviti stimulasi kerjaya mengenai peluang-peluang yang ditawarkan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi yang dijalankan oleh Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) dijangka mendapat sambutan hangat di kalangan pelajar sekolah.

Acara tiga hari itu akan berlangsung pada 4 hingga 6 Mac, dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Dewan Suarah Negeri, Kuching. Ianya akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Adenan Haji Satem dan disaksikan oleh Menteri MOSTI, YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau.

Taklimat kerjaya tersebut akan diadaka pada 5 Mac dari jam 2.30 hingga 3.30 petang di dewan utama.

Taklimat yang bertemakan “Kerjaya dalam Sains dan Teknologi”, akan disampaikan oleh Pengurus Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pengurusan Pihak Berkepentingan TPM Puan Aniz Adura binti Abdul Majid. Pelajar digalakkan untuk mengambil peluang menghadiri taklimat ini untuk meneroka bidang kerjaya.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Dato’ Ir. Mohd Azman Shahidin, dengan pembangunan sosial dan ekonomi yang pesat di Malaysia terdapat satu keperluan mendesak negara untuk menerima-pakai teknologi dan inovasi terkini untuk terus membina dan mengekalkan pertumbuhan keseluruhan negara itu ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Ianya juga sejajar dengan keperluan negara untuk meningkatkan kebolehan dan pengetahuan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) merentasi seluruh sektor.

Beliau berkata, bidang STEM menawarkan peluang besar dengan masa depan yang cerah untuk mereka yang ingin meneruskan kerjaya mereka dalam bidang ini.

Usaha-usaha kerajaan dalam mempromosikan bidang sains, teknologi dan inovasi tidak dapat dielakkan demi memenuhi cita-cita negara untuk mencapai bukan sahaja status maju, tetapi juga keperluan untuk membina sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang boleh membantu menggerakkan rantaian nilai ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang mampan pada masa hadapan.

Malaysia memerlukan lebih ramai saintis dan ahli teknologi untuk mamcu negara ke era tertinggi kemajuan teknologi yang menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi dan masyarakat kita. Negara yang kaya dan maju mempunyai nisbah saintis yang lebih tinggi. Menjelang tahun 2020, kita mahu mencapai nisbah 70 ahli sains bagi setiap 10,000 penduduk.

“Kami menjemput pelawat untuk mengambil gambar secara percuma sambil berpakaian kerjaya masing-masing dengan nama mereka dan playcard seperti dalam kluster sains, teknologi dan inovasi. Terdapat juga kuiz, aktiviti menduga akal serta bermacam lagi yang bertujuan meningkatkan minat rakyat Sarawak terhadap subjek sains dan teknologi. Juga terdapat pledge wall atau dinding ikrar STI untuk para pelajar, tambahnya.

TPM sebagai agensi yang megalakkan pembangunan sains, teknologi dan inovasi di kalangan rakyat Malaysia, sangat komited dalam memainkan peranan khidmat komuniti sosialnya terhadap penduduk bandar dan luar bandar.

“Kami berharap agar komuniti di Sarawak, terutamanya kanak-kanak akan merebut peluang ini untuk melawat pameran kami bagi mendapatkan gambaran yang lebih baik akan manfaat STI dan prospek kerjaya dalam bidang masing-masing,” katanya.

Technology Park Malaysia Sdn Bhd, sebuah agensi MOSTI, adalah taman teknologi perintis dan terkemuka di Malaysia, yang merangkumi seluruh 688 ekar tanah mempunyai infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu usahawan tekno dan usahawan yang berminat untuk mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri, iaitu, ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau.

 

--- Tamat ---

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Komunikasi Korporat

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Aniz Adura Abdul Majid,

Pengurus Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pengurusan Pihak Berkepentingan

Tel: 603-8998 2020 

Faks: 603-8998 2110

Telefon Bimbit: 019-646 6258

Source: View Attachment
Date: March 3, 2016
Page:
Website URL:


Untitled Document