Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


Karnival anjuran mosti-kerajaan negeri perlis bakal merangsang peluang halal, herba dan biotek

PERLIS, 7 Ogos - Karnival yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Technology Park Malaysia Sdn Bhd bertujuan meningkatkan kesedaran dan merangsang pertumbuhan sektor herba, halal dan bioteknologi di wilayah Utara, terutamanya Perlis.

Bertemakan Karnival Halal, Herba dan Bioteknologi Zon Utara 2015, acara dua hari itu, yang bermula esok, akan dibuka secara rasmi oleh YAB Datuk Seri Azlan Man, Menteri Besar Perlis.

Dalam satu kenyataan hari ini oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd, YBhg. Dato Ir. Mohd Azman Shahidin berkata karnival di Pusat Biotek TPM Perlis dijangka menarik lebih 1,500 peserta, tua dan muda, dari semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata acara itu bakal membuka mata usahawan yang sedia ada di wilayah Utara, terutamanya di Perlis, untuk meneroka dan merebut peluang-peluang yang ketiga-tiga sektor tawarkan, iaitu halal, herba dan bioteknologi.

“Sebagai sebuah agensi yang diberi mandat untuk menggalakkan dan meningkatkan status sosio-ekonomi di peringkat akar umbi, kami percaya inisiatif seperti ini akan membantu menggalakkan rakyat Perlis untuk merebut peluang itu memandangkan kemudahan bioteknologi kami beroperasi sepenuhnya sejak penubuhannya pada akhir tahun 2013, kata Azman.

Karnival ini menampilkan beberapa aktiviti untuk memberi peserta gambaran menyeluruh tentang peluang-peluang perniagaan yang ditawarkan oleh sektor herba, halal dan bioteknologi.

Di samping itu, program ini menyediakan 40 booth pempamer yang memaparkan produk-produk herba dan bioteknologi keluaran tempatan. Aktiviti-aktiviti lain termasuk program pendidikan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas dan cabutan bertuah dengan hadiah keseluruhan bernilai RM2,000.00.

Untuk sektor perniagaan, terdapat seminar oleh pakar-pakar mengenai peluang pembangunan produk halal, pensijilan dan prosedur permohonan; maklumat mengenai geran untuk pembangunan produk bioteknologi; dan peluang pemasaran produk-produk bioteknologi di peringkat kebangsaan dan perkongsian kejayaan oleh usahawan.

Untuk menarik minat generasi muda, terdapat aktiviti untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun di mana mereka boleh mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna, mengenal pokok dan menamakan tumbuhan herba.

TPM Biotech menawarkan perkhidmatan kontrak pembuatan produk herba dan perkhidmatan makmal yang menjadikan mereka satu pusat sehenti bagi ramai usahawan. Pengiktirafan oleh JAKIM yang melantik mereka sebagai makmal panel untuk analisis Halal adalah satu lagi pencapaian utama yang memberikan TPMB kelebihan dalam pensijilan halal.

Technology Park Malaysia Sdn Bhd, sebuah agensi MOSTI, mempunyai infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu usahawan yang berminat untuk mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri, iaitu, ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau.

 

 --- Tamat ---

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Komunikasi Korporat

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Aniz Adura Abdul Majid,

Pengurus, Komunikasi Korporat

Tel: 603-8998 2020 

Faks: 603-8998 2110

Telefon Bimbit: 019-646 6258

Source: View Attachment
Date: August 7, 2015
Page:
Website URL:


Untitled Document