Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


ZAIK SASAR TEMBUSI PASARAN CHINA DAN TIMUR TENGAH UNTUK KOPI A’TAN

PUTRAJAYA, 13 Februari - ZA Indra Kayangan Sdn Bhd (ZAIK), syarikat makanan dan minuman (F&B) baru, menyasarkan untuk mengeksport jenamanya, A’Tan White Coffee ke China dan negara-negara Timur Tengah selepas berjaya menembusi pasaran domestik sejak ditubuhkan pada pertengahan November tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif ZAIK, Encik Zairol Alam @ A’Tan Endut, berkata, syarikatnya telah menghasilkan 1,000 kotak dan 2,000 kotak kopi susu pada bulan pertama dan kedua pengeluaran masing-masing.

Zairol menambah bahawa kedua-dua kelompok pertama A’Tan White Coffee telah diedarkan oleh dua pengedar yang terletak di Kuala Lumpur dan Pantai Timur di mana pertumbuhan permintaan telah meningkat dua kali ganda berikutan pengenalan awal.

Kami gembira mendapat tahu jenama kopi susu kami semakin popular walaupun sebagai syarikat baru dipasaran. Ia telah memberi inspirasi kepada kami untuk merangka pelan strategik bagi mendapatkan kedudukan yang lebih kukuh dalam kedua-dua pasaran domestik dan luar negara.

Setelah melabur kira-kira RM100,000 dalam inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D), kami sedang dalam peringkat akhir rundingan dengan rakan-rakan perniagaan kami di China dan Timur Tengah. Ini menjadikan kami lebih yakin dengan potensi yang lebih kukuh dalam pasaran eksport dalam usaha untuk membina perniagaan kami,” katanya.

Mengenai rancangan segera untuk pengembangan pemasaran, ZAIK mengunjurkan untuk menjana pendapatan bulanan antara RM20,000 dan RM30,000 di pasaran domestik. Melangkah ke hadapan, syarikat tersebut merancang mewujudkan rangkaian yang lebih kukuh di seluruh negara melalui program keusahawanan dan pembukaan kedai “kopitiam” di bawah penjenamaan “Kopi A’Tan” pada 2017.

Sementara itu, bagi pelan jangka pendek, Zairol, berkata mereka dalam perancangan untuk memperkenalkan dua variasi produk baru. Varian pertama akan menjadi Kopi Susu A’Tan 3-dalam-1, manakala yang kedua ialah kopi susu campuran tongkat ali dan ekstrak goji.


Bagi pelan jangka sederhana, ZAIK juga berharap untuk mempelbagaikan rangkaian produk termasuk minuman seperti teh, coklat, kacang soya dan lain-lain bergantung kepada permintaan pengguna. Di samping itu, mereka juga akan memperkenalkan minuman sedia untuk diminum dan minuman herba lain.

Menurut Zairol, kejayaan syarikat diperolehi didapati bantuan, bimbingan dan kontrak perkhidmatan pembuatan yang diberikan oleh TPM Biotech Sdn Bhd dari peringkat awal penghasilan idea, formulasi produk dan sehingga ke pengeluaran produk siap mereka.

Perkhidmatan TPM Biotech yang tidak ternilai adalah amat menggalakkan dan program bimbingan mereka telah membolehkan kami menikmati kejayaan ini. Kami sangat bersyukur walaupun kurang pengalaman dalam bidang F&B, tambah Zairol.

Dengan mengambil bahagian dalam Program Semarak Cinta Rasul selama tiga hari bersama-sama dengan TPM Biotech, ZAIK berharap untuk meneroka peluang-peluang perniagaan baru melalui hubungan secara langsung dengan orang ramai di mana acara itu dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung.

Sementara itu, TPM Biotech mempamerkan keupayaan Makmal Sains Halal-nya dengan mendidik orang ramai mengenai proses dan keperluan pengesahan halal bagi makanan dan minuman.

TPM Biotech baru-baru ini telah dilantik sebagai ahli makmal panel halal yang pertama oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk ujian sains dan pengesahan halal kerana kecekapannya dalam membangunkan kaedah baru dalam bidang ini.

 

TPM Biotech telah memperolehi akreditasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan pensijilan ISO9001: 2008 dan IEC 17025. Di samping itu, kawasan pemprosesan makanannya adalah kemudahan berstatus HACCP yang diiktiraf. Semua akreditasi, pensijilan dan kapasiti pengeluaran komersil yang besar ini menjadikan TPM Biotech sebagai pilihan utama bagi produk dan perkhidmatan usahawan akar umbi.

 

TPM Biotech ialah anak syarikat milik penuh Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd, sebuah agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

 

### Tamat ###

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Komunikasi Korporat

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Aniz Adura Abdul Majid,

Pengurus, Komunikasi Korporat

Tel : 603-8998 2020 

Faks: 603-8998 2110

Telefon Bimbit: 019-646 6258

Source: View Attachment
Date: February 13, 2015
Page:
Website URL:


Untitled Document