Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


TPM Menyokong Keusahawanan Akar Umbi Melalui Teknologi Maya

PEKAN, 16 OKT.– Dengan kemunculan tekologi dan meningkatnya proses dunia tanpa sempadan, Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) telah memulakan satu usaha murni untuk terus memperkasakan keusahawanan akar umbi melalui pembangunan program Incubator Virtualisation Model (IVM) nya.

IVM, yang telah dilancarkan secara rasmi pada bulan April tahun ini, menandakan satu lagi inisiatif inovatif yang membolehkan usahawan atau bakal usahawan memperolehi manfaat dengan melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang sesuai dan peralatan yang betul di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang program IVM dan manfaatnya kepada belia di seluruh negara, terutama di kalangan Gen-Y, TPM mengambil bahagian dalam Karnival Kreativiti & Science 4U dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Program dua hari karnival Kreativiti & Science 4U tersebut bakal dirasmikan oleh Menteri MOSTI Datuk Ewon Ebin, pada Sabtu, 18 Oktober.

 

Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TPM Dato\' Ir. Haji Mohd Azman Shahidin, tujuan utama syarikat mengambil bahagian dalam karnival ini adalah untuk mempamerkan keupayaan TPM dan juga memaparkan paparan kreatif dan menarik mengenai peluang-peluang yang boleh didapati melalui ilmu pengetahuan dan teknologi.

\"Ia adalah sama penting bagi kami untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan sains dan teknologi dan sumbangannya kepada pembangunan dan pengayaan kreativiti pelajar, belia dan masyarakat melalui pelbagai program di peringkat komuniti akar umbi.

\"Program IVM yang merupakan model perniagaan maya yang pertama seumpamanya di Malaysia, membolehkan usahawan teknologi mendapatkan nasihat dari inkubator tanpa berada di premis inkubator itu. Selain itu, mereka akan dapat menikmati perkhidmatan dan kemudahan sokongan secara online.

\"Buat masa ini, kami telahpun mendapat sambutan menggalakkan daripada bakal usahawan dan para usahawan teknologi dari seluruh negara. Ianya sudah tentu akan menjadi pemangkin untuk merangsang aktiviti ekonomi di kalangan anak-anak muda yang celik IT hari ini,\" kata Azman.

Antara aktiviti untuk menggalakkan interaksi antara pelajar bagi memenuhi cita-cita mereka, booth TPM telah mengundang pelajar untuk mengambil gambar mereka mengenakan pakaian kerjaya masing-masing sambil memegang \"playcard\" kerjaya di bidang sains, teknologi dan inovasi.

 

Tambahan pula, pelajar juga diberikan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik melalui cabutan bertuah untuk kuiz kerjaya yang bertumpu pada topik sains dan teknologi.

Selain itu, pengunjung ke ruang pameran TPM mempunyai peluang untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat itu ke arah pembangunan dan pengkomersialan idea-idea, produk dan perkhidmatan yang baru, inovatif dan berasaskan teknologi.

Azman berkata, dengan pembangunan sosial dan ekonomi yang pesat di Malaysia terdapat keperluan yang tinggi untuk negara menerima-pakai teknologi dan inovasi terkini untuk terus membangun dan mengekalkan pertumbuhan negara keseluruhan ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Dengan transformasi ekonomi kerajaan yang kuat untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020, Azman menambah bahawa bidang sains, teknologi dan inovasi menawarkan banyak peluang ke arah penciptaan kekayaan.

\"Inisiatif TPM bertujuan menyokong program Tahun Pengkomersilan 2014 MOSTI serta menggalakkan usahawan sedia ada dan berpotensi di Pahang mengambil sikap proaktif dalam menuju ke arah pembangunan keusahawanan.

\"Usaha gigih kerajaan dalam mempromosikan bidang sains, teknologi dan inovasi telah menguntungkan Malaysia dalam memenuhi cita-citanya untuk mencapai bukan sahaja status maju, tetapi juga keperluan untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan yang dapat membantu menggerakkan rantaian nilai ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi pada masa akan datang,\" jelas Azman.

TPM telah dikenal pasti sebagai tuan rumah bagi melaksanakan program membina keupayaan Kejuruteraan Lanjutan, Sains dan kluster Inovasi untuk menjana pendapatan tinggi. Bersama-sama dengan beberapa universiti tempatan, bertujuan untuk mewujudkan rangkaian kerjasama antara sektor swasta dengan memberi tumpuan kepada penyelidikan untuk mengubah sektor IT dan kejuruteraan maju, yang bertindak sebagai pemacu untuk sektor-sektor pertumbuhan tinggi dan inovasi.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd adalah yang sebuah taman teknologi utama dan terkemuka di negara ini dengan keluasan tanah hampir 700 ekar. Sejak penubuhannya pada 1996, ianya fokus kepada sektor ICT, kejuruteraan, bioteknologi herba dan perkhidmatan Pusat Inkubasi Inovasi.

Source: View Attachment
Date: October 16, 2014
Page:
Website URL:


Untitled Document