Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


TPM Bawa Keceriaan Kepada 50 Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

Tangga BATU, MELAKA, 17 Julai – Impian 50 kanak-kanak kurang bernasib baik dari sekolah Sekolah Kebangasaan Pantai Kundur menjadi kenyataan apabila Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd hadir untuk memeriahkan suasana musim perayaan.

 

Kanak-kanak terpilih telah dibawa membeli-belah dengan setiapnya telah diberikan baucar bernilai RM 150 untuk membeli pakaian baru dan barangan keperluan isi rumah utama.

 

Semangat penyayang dan perkongsian pada bulan Ramadan yang dibawa oleh TPM telah disampaikan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik tersebut oleh Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.

 

Turut hadir di majlis tersebut untuk membantu kanak-kanak memilih baru memakai Hari Raya adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Dato\\\' Hj. Mohd Azman Shahidin dan kakitangannya.

 

Semasa proses pembelian, setiap kanak-kanak juga telah diberikan lencana butang kerjaya STI pilihan masing-masing sebagai jurutera, saintis, penyelidik, pengaturcara komputer dan usahawan. Kakitangan TPM turut membimbing kanak-kanak tersebut untuk membantu dalam pembelian dan menjawab apa-apa soalan tentang kerjaya pilihan mereka. Ini bertujuan memberi pendedahan awal tentang kerjaya di samping memupuk minat pelajar tentang sains dan teknologi.

 

Azman berkata, beliau gembira dengan usaha pihak pengurusan TPM untuk membawa keceriaan kepada 50 kanak-kanak tersebut dan membantu menambahkan kegembiraan musim perayaan kepada golongan miskin di kawasan luar bandar.

 

\\\"Inisiatif oleh TPM ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat kami dalam menyumbang semula kepada masyarakat semasa musim perayaan.

 

\\\"Kami sememangnya sangat terharu menyaksikan kegembiraan dan senyuman daripada anak-anak yang tidak memiliki apa-apa semasa musim perayaan. Inisiatif ini berfungsi sebagai peringatan kepada kita semua untuk sentiasa mengamalkan belas kasihan, bersikap prihatin dan bersyukur atas segala nikmat,\\\" katanya.

 

Azman berkata program tanggungjawab sosial korporat TPM juga merangkumi inisiatif-inisiatif yang berkaitan dengan sains, teknologi dan inovasi di peringkat akar umbi.

 

\\\"Kami menghargai sepenuhnya keperluan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan salah satu cara terbaik untuk berbuat demikian adalah untuk melaksanakan tanggungjawab kami dengan menyebarkan dan berkongsi kegembiraan perayaan dengan yang kurang bernasib baik, terutamanya kanak-kanak dan ibu-ibu tunggal,\\\" tambah beliau.

 

Sejak tahun 2006, Technology Park Malaysia telah menjadikannya sebagai acara tahunan untuk menjadi tuan rumah sambutan berbuka puasa untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan rumah-rumah anak yatim terpilih di Lembah Klang dan negeri-negeri lain.

Source: View Attachment
Date: October 17, 2014
Page:
Website URL:


Untitled Document