Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


TPM Melancarkan Program Keusahawanan Maya

KUALA LUMPUR, 23 April, 2014 – Tehnology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM), taman teknologi dan inkubator terkemuka di Malaysia telah hari ini melancarkan program keusahawanan maya yang dikenali sebagai Incubator Virtualisation Model (IVM) untuk memudahkan pewujudan usahawan baru. 

Inisiatif TPM ini adalah model perniagaan yang pertama seumpamanya di Malaysia yang membolehkan kerjasama strategik perkhidmatan maya untuk usahawan teknologi mendapatkan bimbingan daripada inkubator tanpa berada di premis inkubator tersebut. Model perniagaan ini menawarkan program keusahawanan tanpa had kepada lokasi geografi.

Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, yang secara rasmi melancarkan IVM, turut melancarkan pengkomersilan tiga produk baru oleh peserta inkubator TPM sebagai sebahagian daripada program MOSTI Commercialisation Year 2014. 

Ketiga-tiga produk baru yang dimaksudkan adalah Evenesis - VenueVille: Your Ideal Venue Deal Maker dibangunkan oleh Y Us Sdn Bhd; Mobile Business Apps oleh SME Cloud Sdn Bhd dan GuruBestari Apps oleh Akriz Sdn Bhd. 

Timbalan Menteri turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara TPM dan DreamEDGE Sdn Bhd, syarikat rekabentuk dan perkhidmatan kejuruteraan yang mengkhususkan dalam perkhidmatan rekabentuk digital dan kejuruteraan.

Dianggap sebagai sebuah syarikat Tahap 2 dengan pelanggan utama, termasuk pembuat kereta terkemuka di Asia, syarikat DreamEDGE telah berkembang bermula daripada kurang dari 10 orang pekerja kepada lebih 200 jurutera pada akhir tahun lepas dengan pasaran yang berjaya di peringkat serantau dan di Jepun.

Bercakap pada majlis pelancaran tersebut, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Dato Hj. Azman Hj. Shahidin berkata IVM pada asasnya disasarkan kepada komuniti Gen Y, penyelidik dan syarikat baru yang membolehkan mereka mengakses rangkaian penuh perkhidmatan perniagaan maya dan program dari peringkat penjanaan idea hingga ke peringkat akhir pengkomersilan. 

Beliau berkata, program awal IVM yang bermula pada Disember 2012 telah dibuka kepada umum pada Julai tahun lepas. Sejak itu ia telah menunjukkan petunjuk positif dengan pendaftaran 22 inkubator baru. 

Kami yakin bahawa penjimatan kos dan harga berpatutan program-program IVM tersebut bakal menjadi penyelesaian yang paling berkesan untuk syarikat-syarikat permulaan dan individu yang pada mulanya dikekang oleh pelaburan modal terhad. 

Model baru ini sesuai dengan usahawan teknologi yang memerlukan khidmat sokongan yang ditawarkan inkubator tetapi masih mahu mengekalkan pejabat mereka sendiri atau bekerja dari rumah. 

Dengan pelancaran IVM, kami berharap dapat membantu dalam melahirkan antara 100 orang usahawan dan usahawan teknologi dalam kelompok ICT, bioteknologi dan sains hayat, serta  kejuruteraan lanjutan dan renewable energy dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Azman. 

Program IVM menggabungkan dua perkhidmatan; Penyelesaian Bersepadu Perniagaan (IBS) dan Perniagaan Rangkaian Perkongsian Pengetahuan (BNEX), yang direka khusus dan disesuaikan untuk memberi usahawan tekno tersebut kelebihan daya saing yang diperlukan dalam persekitaran perniagaan global yang dinamik pada hari ini. 

Azman berkata dengan melaksanakan IVM, ia akan menonjolkan imej TPM sebagai penyedia teknologi dan penyokong inovasi ke arah meningkatkan kekayaan negara melalui sains, teknologi dan inovasi. 

Dengan kewujudan IVM, usahawan digital akan dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan memanfaatkan sumber yang ada, dan seterusnya, memberi tumpuan kepada aspek yang lebih penting dalam aktiviti pembangunan perniagaan masing-masing. 

Usahawan digital ini tidak perlu mencipta semula roda perniagaan tetapi hanya perlu mengintegrasikan dan menyesuaikan diri dengan sewajarnya. Mereka juga mendapat akses segera kepada kaedah perniagaan yang praktikal dan kemahiran di hujung jari mereka. Keluk pembelajaran yang curam akan menjadi satu kelebihan strategik bagi usahawan digital dan akan memaksimumkan peluang-peluang perniagaan mereka katanya. 

Perkhidmatan IVM boleh didapati dalam dua pakej: Pejabat Maya dan Perkhidmatan Maya Sokongan, pada caj bulanan sebanyak RM295.00 dan RM135.00 masing-masing. 

Pakej Pejabat Maya termasuk alamat berprestij bagi urusan surat-menyurat perniagaan mereka; mel dan pengurusan bungkusan; sms atau pemberitahuan e-mel; nombor faks tempatan yang mampu untuk menerima dan menghantar faks; hot-desking workstation; dan penggunaan bilik mesyuarat. 

Sementara itu, Khidmat Sokongan Maya menawarkan program inkubasi yang komprehensif dan bersepadu menggunakan pendekatan handholding melalui bimbingan, mentor, latihan dan perundingan dalam talian. Ia merangkumi perkhidmatan sokongan keseluruhan dari infrastruktur, perniagaan dan kemahiran teknikal, akses kepada pembiayaan, hinggalah kepada teknologi dan pasaran, dan pendaftaran harta intelek. 

IVM yang mula digerakkan oleh MSC Malaysia pada tahun 2012, adalah trend antarabangsa dan amalan yang membincangkan dan disokong pada APEC SME Working Group, ASEAN SME Working Group yang disyorkan dengan meluas dan diamalkan oleh Bank Dunia, Pengamal Inkubator. Di Malaysia, ia telah disahkan oleh Jawatankuasa Inkubasi Nasional yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha MOSTI, sebagai langkah ke hadapan bagi perkhidmatan inkubator. 

Technology Park Malaysia, sebuah agensi MOSTI, mempunyai infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan sokongan bersepadu untuk membantu usahawan tekno dan usahawan yang berminat untuk mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri, iaitu, ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau. 

Source: View Attachment
Date: April 23, 2014
Page:
Website URL:


Untitled Document