Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


MOSTI & TPM Sumbang Peralatan Bekalan Tenaga Teknologi Solar Kepada Sk Nanga Tutus, Sibu

Hulu Selangor, 20 April 2010: Pelajar Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak di Kuala Kubu Baru mendapat perhatian khusus setelah sekolah tersebut dipilih untuk menerima sumbangan sebanyak 10 buah unit komputer peribadi.
 
Komputer tersebut adalah pemberian Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM), sebuah agensi dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
 
Komputer-komputer tersebut, yang dibekalkan dengan aplikasi Intelligent Service Delivery Platform (iSDP) yang dipatenkan oleh MIMOS, merupakan perisian berasaskan web yang mesra pengguna dan mudah digunakan.
 
Sumbangan komputer-komputer itu disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili pada satu majlis penyerahan khas yang dianjurkan bersama oleh TPM, MIMOS dan SK Tun Abdul Razak disini.
 
Dalam ucapan perasmiannya, menteri berkata iSDP adalah satu platform yang ideal bagi guru-guru dan pelajar SK Tun Abdul Razak untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran menerusi pelbagai maklumat terkini.
 
Sumbangan ini adalah selaras dengan langkah kerajaan untuk merapatkan jurang digital di antara penduduk di kawasan bandar dan luar bandar,” kata Dr. Ongkili.
 
Beliau berkata para guru dan pelajar boleh mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan idea-idea yang kreatif dan inovatif melalui program “Malaysia Inovatif 2010” atau MI2010 yang diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
 
Dr Ongkili juga menyeru agar penduduk disini akan terus memberikan sokongan kepada program-program yang dirancang dan dijalankan oleh kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran pelajar-pelajar.
 
Sementara itu, Dato’ Hj. Mohd. Azman Shahidin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TPM mengulas, “Aktiviti sumbangan ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat bagi meningkatkan kesedaran dan keupayaan pengetahuan ICT, kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar-pelajar Orang Asli di sekolah tersebut.
 
Untuk aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat MOSTI di Hulu Selangor, MIMOS akan mereka ikon khusus SK Tun Abdul Razak untuk pemasangan perisian iSDP di dalam komputer yang dibekalkan oleh TPM, dan memautkannya (link) kepada laman blog sekolah (http://sktar-ict.blogspot.com/)
 
“Memasang iSDP untuk sekolah ini merupakan sebahagian daripada usaha MIMOS dalam memastikan semua inovasi yang kami hasilkan dapat memberi impak kepada masyarakat dan memperkaya pengalaman pembelajaran seumur hidup ,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS Dato’ Abdul Wahab Abdullah.
 
Dengan teknologi mashup (aplikasi hibrid) MIMOS yang dapat membawa maklumat terus kepada pengguna dengan sekali klik, iSDP bakal membekalkan maklumat khusus terus kepada para pendidik dan pelajar.Majlis penyerahan komputer tersebut juga diserikan lagi dengan persembahan istimewa oleh pelajar-pelajar Orang Asli dari sekolah tersebut.

Source: View Attachment
Date: April 20, 2010
Page:
Website URL:


Untitled Document