Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


TPM ENGINEERING MEMPEROLEHI KONTRAK MENAMBAHBAIK INTEGRASI SISTEM DARI KOBE PRECISION TECHNOLOGY

KUALA LUMPUR, JUNE 8 – TPM Engineering Sdn Bhd, anak syarikat Technology Park Malaysia
Corporation Sdn Bhd (TPM), telah dianugerahkan projek menambahbaik integrasi sistem oleh salah
satu pengeluar cakera keras terkemuka di Jepun, Kobe Precision Technology Sdn Bhd (KPTec) baru-
baru ini. 

Projek menambahbaik integrasi sistem tersebut melibatkan kejuruteraan-semula mesin Kawalan
Numerikal Komputer (CNC) KPTec dengan meningkatkan keupayaan mesin pemesinan dan ciri
pengukuran kualiti tambahan. Ia juga melibatkan penerapan sistem pengawal logik boleh-aturcara
(PLC) yang baru dan pengawal gerakan serta Human Machine Interface (HMI).

KPTec Penang adalah anak syarikat milik penuh Kobe Steel Ltd, Jepun. Ia kini merupakan pembekal
bebas terbesar substrat tanah aluminium di dunia, yang digunakan sebagai medium penyimpanan
kapasiti tinggi utama untuk data digital.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Dato' Ir. Mohd Azman Haji Shahidin berkata projek itu
diperolehi berikutan kejayaan penilaian penyelesaian kejuruteraan dan perkhidmatan kejuruteraan
TPME berdasarkan kawalan kualiti yang ketat dan penanda aras tinggi yang ditetapkan oleh KPTec
pada projek perintis awal yang siap pada September 2017.

Projek integrasi sistem dijangka berjalan selama dua tahun di mana kami menjangkakan untuk
menambahbaik lebih dari 20 unit mesin CNC dan lebih daripada 50 unit mesin pemeriksaan
berdiameter tahap micron.
Kepakaran dan kemahiran kejuruteraan TPME dalam melaksanakan projek integrasi sistem akan
menyumbang kepada penjimatan kos yang besar kepada KPTec selain memanjangkan jangka hayat
mesin sedia ada berbanding pembelian mesin baru," katanya.

Mengambil kira aliran revolusi yang pesat dalam sektor perindustrian dan kejuruteraan sejak lewat
tahun 1990-an, Azman menambah bahawa TPME telah mengambil langkah-langkah positif untuk
terus memacu teknologi kejuruteraan lanjutan.

"Sejak dua dekad yang lalu, kami telah membuktikan keupayaan kami sebagai instrumen untuk
merangsang pembangunan ekonomi yang inovatif dan teknologi untuk penciptaan kekayaan dan
kesejahteraan masyarakat. Di samping itu, kami dapat memudahkan aktiviti penyelidikan dan
pembangunan, inovasi dan pengkomersilan melalui penyediaan infrastruktur, peralatan dan
kemudahan kejuruteraan lanjutan.
 
Sementara itu, Pengurus Besar TPME, Dr. Mohd. Zaihirain Mohd Rasin berkata dengan peningkatan
ekonomi digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) di mana automasi industri dan
gangguan teknologi (disruption of technologies) menawarkan peluang untuk kadar pengeluaran yang
lebih cepat dan kos yang lebih rendah, adalah penting bagi industri untuk mengguna teknologi ini
agar kekal berdaya saing dan mengekalkan kelestarian mereka.

Perkembangan perindustrian dan teknologi ini mendorong TPME membangunkan Sistem
Pengilangan Fleksibel-nya (FMS) sendiri di mana spesifikasi teknikalnya mematuhi memenuhi
keperluan Industri 4.0.

Dalam usaha kami untuk menyediakan bantuan yang diperlukan kepada pihak berkepentingan, TPM
telah menubuhkan Pusat Robotik dan FMS. Ini adalah untuk menggalakkan dan meningkatkan
pembangunan teknologi asli bagi FMS yang merangkumi integrasi sistem dan robot dalam
pembuatan, jelasnya.

Pusat ini mempunyai pengalaman operasi dan penyelenggaraan yang luas bagi robotik dan FMS,
integrasi sistem dan latihan.

Dengan kelayakan dan kepakarannya sebagai salah satu peneraju dalam pengilangan fleksibel
lanjutan, TPME menyediakan penyelesaian integrasi sistem yang diperlukan kepada semua pihak
kepentingan dalam industri dan institusi penyelidikan yang berkaitan. Ia mempunyai keupayaan untuk
membantu usahawan teknologi yang berminat untuk mengembangkan perniagaan mereka.

### Tamat ###

Dikeluarkan oleh:
Jabatan Komunikasi Korporat
Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd
Untuk Keterangan lanjut Sila Hubungi :
Puan Aniz Adura Abdul Majid
Pengurus Kanan Komunikasi Strategik dan Pengurusan Pihak Berkepentingan TPM
Tel: 603-8998 2020
Fax: 603-8998 2110
Hp: 019-646 6258

Source: View Attachment
Date: June 7, 2018
Page:
Website URL:


Untitled Document