Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


TECHNOLOGY PARK MALAYSIA MENGINSPIRASI PELAJAR MELALUI AKTIVITI PENANAMAN POKOK DI SEKOLAH DI BATU GAJAH

BATU GAJAH, PERAK, SEPT. 4 - Teknology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM), taman
teknologi terkemuka di Malaysia telah menyuntik inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang
mampan dengan memberi inspirasi kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti penanaman pokok
sempena Hari Kokurikulum SMK Toh Indera Wangsa Ahmad (SMK TIWA), Batu Gajah.

Syarikat itu akan menaja 20 anak pokok tecoma, yang dikenali secara saintifik sebagai Tabebuia
Rosea atau pokok kertas tisu yang disemai dari nurseri TPM sendiri untuk sesi penanaman pada
hari tersebut.

Majlis penanaman pokok itu akan dijalankan oleh Ahli Parlimen Batu Gajah, YB Sivakumar a/l
Varatharahu Naidu, bersama dengan ahli-ahli Kelab Sains dan Matematik SMK TIWA pada 5
Septermber.

Hari Kokurikulum SMK TIWA menyediakan pameran produk, pameran poster, kuiz, dan pelbagai
aktiviti interaktif berkaitan sains, teknologi dan inovasi (STI).

Acara sehari tersebut disokong oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan
Perubahan Iklim (MESTECC) bersama-sama dengan sembilan lagi agensi nasional di bawahnya.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Dato' Ir. Mohd. Azman Haji Shahidin berkata penanaman
pokok tecoma bertujuan menggalakkan pelajar menghargai nilai-nilai perlindungan alam sekitar
dengan mengurangkan kesan perubahan iklim.

Pokok-pokok yang ditanam di kawasan sekolah menyediakan peluang untuk pendidikan alam
sekitar, mendedahkan pemikiran kanak-kanak tentang pemuliharaan alam sekitar lebih awal,
menggalakkan pembudayaan sukarelawan belia dan pengindahan landskap secara semulajadi.

Beliau berkata pokok berbunga tecoma, yang juga dikenali sebagai Sakura Malaysia, sering dilihat
di Malaysia dengan bunga merah jambu, ungu, atau putih. 

Apabila mekar dua kali setahun
semasa cuaca panas, ia pasti menambah keindahan persekitaran. TPM mempunyai lebih
daripada 200 pokok tecoma di kampusnya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur seluas 686 ekar.

Satu lagi aktiviti menarik yang kami harapkan akan menarik perhatian para pelajar adalah booth
simulasi STEM TPM. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan kesedaran yang lebih tinggi dan
memberi inspirasi kepada kanak-kanak sekolah dan belia tentang keseronokan sains, kepentingan
STI dan pelbagai peluang yang ditawarkan oleh pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan
matematik, katanya.

Mohd Azman berkata beliau yakin penyertaan TPM dalam program yang disokong oleh
MESTECC ini akan menawarkan setiap pelajar SMK TIWA dan masyarakat sekitar, baik muda
atau tua tentang peluang untuk mendapat pengetahuan yang lebih baik mengenai usaha yang
dilakukan oleh Kerajaan.

Dengan pembangunan global yang pesat dalam teknologi dan inovasi, ia adalah penting untuk
rakyat di kawasan luar bandar dan separa bandar Malaysia didedahkan kepada perkembangan
terbaru dan kemajuan teknologi ke arah meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi mereka,"
tambah Mohd Azman.

Teknology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd, sebuah agensi MESTECC, mempunyai
infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu usahawan
teknologi dan usahawan yang berminat mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok
industri iaitu ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau.
### Tamat ###

Dikeluarkan oleh:
Jabatan Komunikasi Korporat
Teknology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Puan Aniz Adura Abdul Majid
Pengurus Kanan, Komunikasi Strategik & Pengurusan Pihak Berkepentingan
Tel: 603-8998 2020 
Fax: 603-8998 2110
Hp: 019-646 6258

Source: View Attachment
Date: September 3, 2018
Page:
Website URL:


Untitled Document