Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


TECHNOLOGY PARK MALAYSIA MENYERAHKAN QAMUS DIGITAL MELALUI PROGRAM INOVASI SOSIAL MOSTI

KUCHING, 29 April - YB Datuk Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya hari ini telah maraikan majlis penyerahan 2,400 unit alat bantu pendidikan, Qamus Digital Pro 17  kepada 42 buah sekolah sekitar Petrajaya. Majlis berlangsung di SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab.

Program ini turut mendapat kerjasama strategik rakan digital iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Technology Park Malaysia (TPM) Corporation Sdn Bhd dan usahawannya, MyView System Sdn Bhd, dengan misi untuk mencapai nilai saksama dalam pendidikan digital.

Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam memperkenalkan perisian interaktif digital sebagai medium pembelajaran menarik dalam pendidikan moden dan juga media pembelajaran bestari ke arah percambahan minda kreatif dan lateral guru serta pelajar sekolah di negeri Sarawak.

Bagi projek ini, perisian tersebut yang bernilai keseluruhan RM300,000 dijangka dapat dinikmati dan memberi manfaat kepada 35,000 pelajar di Kuching.  

Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TPM, YBhg Dato’ Ir Mohd Azman Shahidin, Qamus Digital Pro 17 adalah sebahagian daripada produk MOSTI Social Innovation (MSI) di mana objektif utama program tersebut adalah untuk menerapkan penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian.

“Kami yakin bahawa inisiatif Inovasi Sosial MOSTI ini merupakan satu lagi projek bermanfaat untuk para pelajar. Ia sudah tentu menjadi alat untuk meningkatkan kemahiran perbendaharaan kata mereka dalam masa beberapa saat dengan hanya menekan komputer”.

Turut berfungsi sebagai alat bantu pendidikan kepada guru, Qamus Digital Pro 17 merupakan perisian lengkap setara 21 buah kamus yang boleh digunakan secara dalam atau luar talian.

Ianya mampu menterjemahkan 130 bahasa di seluruh dunia dan tidak mempunyai tarikh luput. Antara fungsi lain ialah penterjemah suara, penyemak ejaan, kamus pop-up dan program pembelajaran Bahasa Inggeris.

Inovasi Sosial MOSTI bermatlamat meningkatkan taraf hidup komuniti melalui implementasi projek, perkhidmatan, dan pembangunan kapasiti dan kemahiran dengan menggunakan sumber sedia ada. Ianya dijalankan secara berterusan dan lestari.

Technology Park Malaysia Sdn Bhd, sebuah agensi MOSTI, adalah taman teknologi perintis dan terkemuka di Malaysia mempunyai infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu usahawan tekno dan usahawan yang berminat untuk mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri, iaitu, ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau.

 

 

###TAMAT###

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Komunikasi Korporat

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

Puan Aniz Adura Abdul Majid

Pengurus Kanan, Komunikasi Strategik dan Pengurusan Pihak Berkepentingan

Tel: 603-8998 2020 

Fax: 603-8998 2110

Hp: 019-646 6258

Source: Mingguan Malaysia View Attachment
Date: April 29, 2018
Page:
Website URL:


Untitled Document