Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


TEKNOLOGI PARK MALAYSIA MENGUATKAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

JOHOR BHARU, DISEMBER 13 – Para Usahawan di Johor yang ingin merealisasikan impian untuk menembusi pasaran global boleh menggunakan perkhidmatan, infrastruktur dan kemudahan Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM), iaitu sebuah taman teknologi terkemuka di Malaysia.

Syarikat milik kerajaan di bawah seliaan Kementerian Kewangan tersebut berpusat di Kuala Lumpur, dan  beroperasi di bawah naungan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Ia adalah satu-satunya model inkubasi generasi keempat yang menawarkan khidmat nasihat khusus dan program pembangunan keusahawanan yang komprehensif dan bersepadu.

Ditubuhkan sejak 1996, TPM berperanan sebagai pemacu bidang sains, teknologi dan inovasi. Ia telah memainkan peranan penting dalam pembangunan usahawan teknologi dalam kelompok industri bioteknologi dan sains hayat, perkhidmatan inkubasi, kejuruteraan lanjutan, ICT dan tenaga boleh diperbaharui.

TPM adalah inkubator pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan inkubasi maya yang dikenali sebagai “ADVISE” yang dilancarkan pada tahun 2015. Perkhidmatan inkubasi maya ini sesuai untuk syarikat permulaan dan perusahaan yang menghadapi kekangan bagi pengeluaran modal. Ia membolehkan mereka menikmati semua program berkaitan bimbingan perniagaan dan keusahawanan tanpa perlu hadir secara fizikal di kampus TPM.

Sehingga kini, TPM telah membantu lebih daripada 3,000 individu dan PKS dalam kelompok industri yang telah dimandatkan. Jumlah pelaburan dari segi penyediaan infrastruktur kelas dunia dan ekosistem ​​komprehensif kepada perniagaan ini melebihi RM1 bilion.

TPM yang mengambil bahagian dalam Hari MISI Inovasi Bisnes Johor Corporation selama dua hari bermula 13 & 14 Disember 2017, bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan pelbagai kemudahan, perkhidmatan dan program yang tersedia untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ke arah memperkasakan mereka untuk mencapai kejayaan dalam ekonomi.

Bercakap pada seminar yang bertajuk, Peluang Kerjasama bersama TPM dalam Memupuk Usahawan Berpotensi Inovatif dan Tinggi, Puan Ema Ukhtiah Zakaria, Ketua TPM Biotech Sdn Bhd berkata, TPM berperanan untuk membimbing dan membantu usahawan atau syarikat baru untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan keperluan yang diperlukan untuk memanfaatkan peluang perniagaan dari peringkat idea yang awal hingga peringkat akhir perdagangan.

“Dengan infrastruktur, kemudahan dan keupayaan bertaraf dunia, keseluruhan proses melibatkan program berstruktur dari idea dan inkubasi ke peringkat akhir di mana mereka bersedia untuk menembusi pasaran antarabangsa.

“Selain daripada kemudahan dan perkhidmatan, TPM juga membantu inkubati untuk bantuan dana untuk projek mereka dalam R & D dan pengkomersialan. Seperti yang sedia maklum, permulaan perniagaan kebiasaannya mempunyai kekangan modal. Oleh itu, kita perlu menyediakan semua program latihan dan bimbingan perniagaan untuk membimbing mereka mengenai realiti dunia perniagaan.

“Sumbangan kami terhadap ekonomi negara amat memberangsangkan, terutama di peringkat akar umbi. Sehingga 2016, jumlah pendapatan yang dijana oleh PKS mencapai lebih daripada RM 6.2 bilion, menyumbang kira-kira 1.2% kepada KDNK negara kita,” katanya.

Turut menyertai pameran bersama TPM ialah Pelangi Network Sdn Bhd yang berpengkalan di Johor, sebuah syarikat inkubati di bawah program ADVISE.

 

Pelangi Network Sdn Bhd, pemenang bagi TERAJU SUPERB pada tahun 2015, adalah pengilang, pemborong dan peruncit produk dan minuman coklat yang dijual di bawah jenama Go-JB. Produk dan minumannya juga dieksport ke Singapura, Brunei dan Vietnam serta diedarkan ke sekolah.

Antara anugerah yang dimenangi oleh Pelangi Network ialah 20 Jenama Teratas Johor 2017, Johor Young Agropreneur Award 2016, SUPERB Winner Series 2/2015 dan Pemenang Kebangsaan Inovasi Coklat HPPNK 2015.

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd, sebuah agensi MOSTI, mempunyai infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu usahawan yang berminat mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri, iaitu ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau.

 

### Tamat ###

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Komunikasi Korporat

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

Puan Aniz Adura Abdul Majid

Pengurus Kanan, Komunikasi Strategik dan Pengurusan Pihak Berkepentingan

Tel: 603-8998 2020 

Fax: 603-8998 2110

Hp: 019-646 6258

Source: View Attachment
Date: December 13, 2017
Page:
Website URL:


Untitled Document