Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


TPM BIOTECH DAN RAKAN KERJASAMA MENINJAU PELUANG DI HALFEST ASEAN 2017

KUALA LUMPUR, 23 OGOS – TPM Biotech Sdn Bhd dan dua syarikat usahawannya, Suhan Biotech Sdn Bhd dan Shahora Trading, melihat potensi dan peluang menembusi pasaran Asean yang semakin berkembang bagi pelbagai produk halal berasaskan herba.

Mengambil bahagian bersama dengan lebih 500 syarikat dalam pameran Halfest Asean 2017 yang bermula hari ini, TPM Biotech mempamerkan empat jenama keluarannya iaitu Herbs Garden Garcinia Plus, Herbs Garden Peria, Herbs Garden Smilax Plus dan Inno Coffee .

Produk Herbs Garden TPM Biotech dihasilkan oleh kilangnya di Raub, Pahang. Kemudahan ini dilengkapi sepenuhnya dengan mesin dan alatan yang mampu menawarkan perkhidmatan pembuatan kontrak kepada perusahaan kecil dan sederhana.

Ketua Bioteknologi TPM, Puan Ema Ukhtiah Zakaria berkata syarikatnya mampu menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan bertaraf antarabangsa.

“Bekerjasama rapat dengan pelanggan kami, kami membantu para usahawan dengan menawarkan khidmat nasihat dan kaunseling, kemudahan dan perkhidmatan inkubasi, pengkomersilan produk, pembuatan kontrak dan juga membangun strategi untuk memaksimumkan pulangan pelaburan mereka.

“Para pelanggan yakin dengan kualiti produk tertinggi sebagai komitmen untuk kecemerlangan, amalan dan proses antarabangsa, dan kawalan kualiti yang ketat dalam memenuhi piawaian tertinggi di peringkat antarabangsa. Ianya sentiasa menjadi sasaran kami.

“Satu lagi kelebihan TPM Biotech ialah makmal yang dilengkapi teknologi terkini untuk analisis dan pengesahan halal,” katanya.

Sementara itu, Suhan Biotech Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh personaliti hiburan terkenal Datuk Rosyam Nor, mempamerkan minuman kesihatan terbarunya: Adraa, teh herba daun durian belanda, yang dihasilkan oleh TPM Biotech di kilangnya di Raub.

Penyelidikan dan pembangunan teh herba daun durian belanda telah dijalankan lebih dari tiga tahun sebelum pengkomersialannya. Ia adalah suplemen kesihatan dan mengandungi antioksidan yang tinggi untuk meningkatkan sistem imun.

Rosyam berkata produk telah mendapat kelulusan halal oleh JAKIM dan Kementerian Kesihatan yang diperolehi dengan sokongan TPM Biotech. “Pada masa ini produk kami diedarkan melalui pengedar makanan kesihatan di Malaysia. Mengenai teh daun durian belanda, kami menyasarkan untuk mencapai jualan sebanyak 30,000 kotak setiap bulan. ”

Manakala bagi Shahora Trading, syarikat ditubuhkan pada bulan Mac tahun ini oleh personaliti Puan Sharifah Shahora. Beliau memperkenalkan jenama Lubna Milk berikutan penyelidikan dan pembangunan selama enam bulan.

Sasaran pasaran adalah kanak-kanak berusia lebih dari tiga tahun dan remaja, Sharifah berkata walaupun terdapat banyak produk susu di pasaran, tetapi Lubna Milk menggunakan bahan-bahan yang sedikit berbeza dengan gabungan susu, koko, kurma, kismis dan badam.

“Kami telah menerima maklum balas yang menggalakkan daripada sekumpulan pelanggan tetap, terutamanya untuk rasa koko kami. Setiap pek produk kami mengandungi 25 sachet dan dijual pada harga RM69.00.

“Walaupun kami sedar persaingan yang sengit dari jenama yang lebih besar dan lebih mantap, kami berharap dapat menguasai sebahagian kecil pasaran. Sebagai permulaan, kami telah melantik empat agen pemasaran dan pengedaran dan mencapai jualan sebanyak 1,000 unit. Sasaran kami adalah untuk mencapai jualan bulanan sebanyak 500 unit.

“TPM Biotech sangat membantu dengan bimbingan profesional dan perkhidmatan pembuatan kontrak mereka serta memudahkan permohonan pensijilan halal dan Kementerian Kesihatan kami,” kata Sharifah.

Kemudahan TPM Biotech di Pahang telah memperoleh status Amalan Pembuatan Baik (GMP), yang diberikan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan.

TPM Biotech, anak syarikat Teknology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd, telah memperoleh pentauliahan diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan pensijilan ISO9001: 2008 dan IEC 17025. Di samping itu, kawasan pemprosesan makanan adalah kemudahan yang diakreditasi HACCP. Semua akreditasi, pengesahan dan kapasiti pengeluaran komersial yang besar menjadikan TPM Biotech sebagai pilihan utama untuk produk dan perkhidmatan usahawan akar umbi.

### Tamat ###


 

 

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Komunikasi Korporat

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

Puan Aniz Adura Abdul Majid

Pengurus Kanan, Komunikasi Strategik dan Perhubungan Pihak Berkepentingan

Tel: 603-8998 2020 

Faks: 603-8998 2110

Telefon Bimbit: 019-646 6258

Source: View Attachment
Date: August 22, 2017
Page:
Website URL:


Untitled Document