Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


KEMPEN DERMA DARAH TECHNOLOGY PARK MALAYSIA MENDAPAT SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN

KUALA LUMPUR, 12 APRIL - Kempen derma darah di Technology Park Malaysia pagi ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan koleksi lebih daripada 100 beg darah melebihi jangkaan 50 beg oleh Pusat Darah Negara.

Dianjurkan oleh Jabatan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM), kempen ini menyaksikan kehadiran penderma yang kebanyakannya terdiri daripada kakitangan TPM dan penyewa, termasuk orang awam.

Kempen ini telah diterajui oleh Pengerusi TPM, Datuk Ahmad Fauzi Zahari yang turut mengambil bahagian dengan menderma satu pain darahnya.

Ahmad Fauzi berkata beliau amat gembira dengan penyertaan orang ramai yang amat menggalakkan yang melibatkan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, kedudukan dan agama.

“Dengan sambutan yang amat positif, pihak penganjur telah memutuskan untuk membuat kempen ini sebagai acara tahunan. Kami juga gembira kerana hospital KPJ Kajang bersetuju untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengunjung.

“Paling menggembirakan melihat individu dari pelabagi kaum dan agama datang bersama-sama sebagai satu komuniti di TPM untuk menyumbang kepada tujuan yang mulia. Ianya memberi gambaran bahawa amalan tidak mementingkan diri dan sanggup berkorban demi keperluan kemanusiaan masih wujud di kalangan rakyat Malaysia, ” katanya.

Technology Park Malaysia Sdn Bhd, sebuah agensi MOSTI, adalah taman teknologi perintis dan terkemuka di Malaysia mempunyai infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu usahawan tekno dan usahawan yang berminat untuk mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri, iaitu, ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau.

 

 

--- Tamat ---

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Komunikasi Korporat

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

Puan Jamilah Taib

Pengurus Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pengurusan Pihak Berkepentingan

Tel: 603-8998 2020       

Fax: 603-8998 2110

H/P: 019 – 281 8220     

Source: View Attachment
Date: April 12, 2017
Page:
Website URL:


Untitled Document