Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


QAMUS DIGITAL DILANCARKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MELAKA

MELAKA, 30 Mac 2017 --- Qamus Digital, kamus digital bertaraf antarabangsa, dilancarkan hari ini dalam usaha untuk membantu meningkatkan kemahiran pembelajaran dan pengetahuan pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Teknologi inovasi tempatan yang dibangunkan oleh MyView System Sdn Bhd dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Alor Gajah, Melaka, merupakan satu program projek perintis yang dilaksanakan di bawah program Inovasi Sosial Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) (MSI 2016) .

Produk khidmat masyarakat ini telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohd Diah.

Qamus Digital merangkumi pelbagai ciri paiwaian antarabangsa manakala penyedia teknologinya adalah Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd.

Produk dilengkapi infrastruktur terkini untuk membantu meningkatkan kualiti pembelajaran dalam sistem pendidikan, mengatasi kelemahan pelajar serta memupuk ketekunan mereka.

Bercakap pada pelancaran rasmi, Dr. Abu Bakar berkata sokongan teknologi inovatif amat perlu untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran dan pengetahuan pelajar-pelajar sekolah dan graduan yang berada di institusi pengajian tinggi pengajian tinggi.

Beliau menjangkakan bahawa 2,700 unit Qamus Digital bakal diaplikasi di sekolah-sekolah dan kemudiannya di institusi pengajian tinggi di seluruh Melaka.

“Kami yakin bahawa inisiatif Inovasi Sosial MOSTI ini merupakan satu lagi projek bermanfaat untuk masyarakat Malaysia. Ia sudah tentu menjadi rahmat kepada masyarakat Malaysia untuk meningkatkan kemahiran perbendaharaan kata mereka dalam masa beberapa saat dengan hanya menekan komputer.

“Penyelidikan yang menyeluruh yang dijalankan oleh MyView System dan pasukan UiTM adalah membanggakan kerana ini merupakan langkah pertama untuk memastikan terdapat keperluan atau permintaan yang berpotensi untuk pembangunan teknologi tersebut. Walaupun ini satu inisiatif inovasi sosial MOSTI, pendekatan oleh pihak terbabit adalah sama dengan yang digunakan usahawan dalam menentukan prospek pengkomersilan inovasi mereka, ”katanya.

Qamus Digital dibangunkan selepas kajian menyeluruh untuk mengkaji punca kelemahan pelajar serta keperluan memotivasi pelajar yang tercicir dalam pembelajaran kompetitif. Dibangunkan dalam tempoh tiga bulan dan membabitkan pelaburan sebanyak RM300,000, ia akan menjadi alat yang berguna untuk tujuan pendidikan dan latihan demi meningkatkan keupayaan pembelajaran pelajar.

Dengan perisian mesra pengguna, Qamus Digital menawarkan perpustakaan menyeluruh meliputi  lebih daripada 800,000 penyelesaian perkataan dari lebih 20 kamus dan dapat disampaikan dalam 21 bahasa. Ciri-ciri lain termasuk terjemahan, semakan ejaan, fungsi sebutan, dan keupayaan lain termasuk program penguasaan membaca, bertutur dan mendengar.

Dr. Abu Bakar menggesa pelajar Malaysia di semua peringkat untuk mengikuti perkembangan terkini dan kemajuan pesat teknologi komunikasi dan maklumat global.

“Penting bagi pelajar Malaysia di semua peringkat untuk mengikuti perkembangan terkini dan mencari kaedah yang boleh membantu meningkatkan produktiviti serta meningkatkan keupayaan pembelajaran mereka. Ini disebabkan persekitaran global sangat kompetitif dan keperluan kita untuk mencapai ekonomi berasaskan pengetahuan pada masa akan datang, ”katanya.

Technology Park Malaysia Sdn Bhd, sebuah agensi MOSTI, adalah taman teknologi perintis dan terkemuka di Malaysia mempunyai infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu usahawan tekno dan usahawan yang berminat untuk mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri, iaitu, ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau.

 

--- Tamat ---

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Komunikasi Korporat

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

Puan Jamilah Taib

Pengurus Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pengurusan Pihak Berkepentingan

Tel: 603-8998 2020       

Fax: 603-8998 2110

H/P: 019 – 281 8220      


Source: View Attachment
Date: March 20, 2017
Page:
Website URL:


Untitled Document