Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


Kejayaan Karnival Keusahawanan Kolej Technology Park Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 MAC, 2010 – Karnival Keusahawanan yang julung-julung kali diadakan oleh Kolej Technology Park Malaysia (Kolej TPM) bersama-sama para pelajarnya telah berjalan dengan suasana penuh keriangan hari ini dan berjaya mencapai objektif program.

Karnival Keusahawanan dijalankan bersama-sama Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Metaverse Editorial Board serta kelab-kelab dan pertubuhan para pelajar Kolej TPM.

Encik Feriz Omar, Pegawai Khas kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan karnival tersebut.

Dengan bertemakan “Melangkaui Jangkaan”, karnival ini menjadi platform kepada para pelajar untuk mengetengahkan bakat mereka di samping mengembangkan dan mempergunakan kemahiran keusahawanan serta pengurusan dalam diri mereka.

Objektif utama karnival adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar menganjurkan pelbagai acara seperti ceramah, pameran, bazar jualan serta pelbagai lagi aktiviti menarik. Selain daripada itu, karnival ini juga bertujuan untuk mempromosikan Kolej TPM serta rangkaian program akademik yang ditawarkan, kepada umum.

Gembira dengan kejayaan karnival ini, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej TPM, Puan Sri Yanti Mohd Salmongel berkata bahawa beliau berharap karnival ini akan menjadi acara tahunan di Kolej TPM.

“Para pelajar telah menunjukkan keupayaan mereka menganjurkan satu acara yang besar dalam jangkamasa persiapan yang singkat, iaitu 3 bulan. Ini jelas menunjukkan kreativiti, inovatif dan komitmen mereka apabila diberi kebebasan dan galakan di atas tindakan mereka”

“Kami amat berbangga dengan usaha dan hubungan erat yang ditunjukkan oleh para pelajar di kalangan mereka serta kakitangan kolej demi menjamin kejayaan pelaksaanan acara ini,” ulas Sri Yanti lagi.
 
Pengurus program, Aqilah Binti Abdullah melahirkan rasa puas hati dengan projek ini yang telah memberi banyak pengalaman yang berguna khususnya kepada mereka yang terlibat secara langsung.

“Kami amat berbesar hati dengan keyakinan pihak kolej terhadap kami untuk memikul tanggungjawab yang besar di samping memberi sokongan, galakan dan bimbingan untuk menganjurkan acara sebesar ini. Sesungguhnya, ia telah memberi nilai tambah kepada kemahiran insaniah kami”

“Ia adalah pengalaman manis buat kami semua apabila dapat memahami cabaran dan realiti dunia pekerjaan/ perniagaan yang sebenar. Ketika rintangan melanda, para pensyarah menggalakkan kami untuk berfikir di luar kotak minda serta kekal cekal,”tambah Aqilah.

Karnival yang berlangsung sepanjang 1 hari ini dijangkakan mendapat sambutan kunjungan dari lebih 600 orang khususnya dari Lembah Klang. Acara penutup karnival ini diserikan dengan pertunjukkan bunga api dan konsert.
Antara pihak yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan karnival ini adalah Yayasan Sabah, Bridge Selection Sdn. Bhd., Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd, ACE Canning Corporation Sdn Bhd, Malaysian Qualification Agency (MQA), Qis Café dan TPM Corporation Sdn Bhd.

Kolej TPM menawarkan program Asas, Diploma dan Ijazah berkembar (2+2) bersama universiti-universiti terkemuka di Amerika Syarikat, serta program usahasama dengan universiti Australia dan United Kingdom. Buat masa ini, terdapat 4 buah sekolah di Kolej TPM: Sains Hayat, Kejuruteraan, Pentadbiran Perniagaan serta Bahasa dan Komunikasi.

Source: View Attachment
Date: March 19, 2010
Page:
Website URL:


Untitled Document