Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


DMH NIAGA-DPUKM MENANDATANGANI PERJANJIAN KERJASAMA UNTUK TINGKATKAN PELUANG PERNIAGAAN MELALUI VENDING MACHINE

KUALA LUMPUR, 28 NOV. – DMH Niaga Sdn Bhd, sebuah syarikat incubatee Technology Park Malaysia (TPM), hari ini menandatangani dokumen persefahaman dengan Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) bertujuan melahirkan usahawan baru melalui aplikasi teknologi vending machine.

Kolaborasi di antara DMH Niaga dan DPUKM dilancarkan secara rasmi melalui inisiatif program “Pencarian 1001 Usahawan Vending DPUKM – Boss Vend” oleh YB Tan Sri Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Dokumen perjanjian ditandatangani oleh Pengarah Urusan DMH Niaga, Datin Natasha bte Dato Abdul Rahim and Presiden DPUKM, Dato’ Seri Abu Hassan Mohd Nor. Pengerusi TPM, Dato Ahmad Fauzi Zahari turut hadir menyaksikan pelancaran program tersebut.

Dengan termaktubnya perjanjian usahasama tersebut, ahli DPUKM kini boleh memasarkan produk mereka melalui mana-mana vending machine yang ditempatkan di lokasi strategik seluruh Malaysia.  Pada masa yang sama, pemilik vending machine boleh membeli produk secara pukal terus dari pengeluar produk IKS. Ini merupakan vending machine pertama di Malaysia yang memasarkan produk IKS di negara ini.

Datin Natasha berkata inisiatif kerjasama antara kedua-dua pihak bersetuju membantu mencari 1,001 usahawan IKS dikalangan ahli DPUKM untuk memasarkan produk mereka melalui teknologi vending machine yang dibekalkan oleh syarikatnya.

Beliau menambah bahawa pelancaran teknologi “Boss Vend” hari ini merupakan vending machine pertama di Malaysia yang memasarkan produk IKS di seluruh Malaysia.

Dengan menggunakan vending machine, pengguna Malaysia kini dapat membeli keperluan mereka secara langsung pada bila-bila masa. Ia juga akan menjadi pendorong bagi DPUKM dan DMH Niaga untuk membantu merangsang pembangunan dan pertumbuhan keusahawanan di kalangan rakyat Malaysiai.

Kami yakin bahawa sokongan dari DPUKM akan menjadi permulaan bagi pembekal tempatan dan IKS untuk menubuhkan jaringan pengedaran dan pemasaran melalui teknologi vending,” kata Natasha.

Antara rangkaian produk boleh dipasarkan melalui mesin layan diri termasuk minuman panas dan sejuk, makanan dan makanan ringan, jus, peralatan mandian dan pelbagai produk lain.

Pada masa ini, terdapat sembilan jenis mesin. Ciri unik adalah skrin digital pada semua mesinnya. Tidak seperti mesin konvensional, ia boleh digunakan untuk pengiklanan dan promosi interaktif untuk PKS sendiri.

Teknologi Park Malaysia Sdn Bhd, agensi MOSTI, mempunyai infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu usahawan yang berminat mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri, iaitu ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau.

### Tamat ###

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Komunikasi Korporat

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

Puan Aniz Adura Abdul Majid

Pengurus Kanan, Komunikasi Strategik dan Perhubungan Pihak Berkepentingan

Tel: 603-8998 2020 

Faks: 603-8998 2110

Telefon Bimbit: 019-646 6258

 

Source: View Attachment
Date: November 28, 2017
Page:
Website URL:


Untitled Document