Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


TPM BIOTECH DAN SYARIKAT INKUBATI MAYA TPM MENYERTAI MINGGU INOVASI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2017

SEREMBAN, 30 OKT -  TPM Biotech Sdn Bhd, anak syarikat Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) dan dua syarikat inkubati maya Pusat Inovasi Inkubati TPM (IIC) akan mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka di Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sembilan 2017 selama dua hari bermula hari ini.

Dua syarikat inkubati tersebut adalah Kwik Mandarin Sdn Bhd dan Idefact Sdn Bhd yang beribu pejabat di Negeri Sembilan. Kedua-dua syarikat sedang mengikuti program inkubasi maya berstruktur dan komprehensif, dikenali sebagai “ADVISE” yang ditawarkan IIC.

TPM Biotech, yang diketuai oleh Pengurus, Puan Ema Ukhtiah Zakaria, akan mempamerkan pelbagai perkhidmatan dari tahap ideasi, program inkubasi, perumusan, perkhidmatan makmal, pembuatan kontrak dan pembungkusan. Mereka pada dasarnya akan berkongsi dengan usahawan tentang bantuan yang dapat ditawarkan oleh TPM Biotech dalam memperkukuhkan serta melestarikan perniagaan.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TPM, YBhg. Dato’ Ir. Mohd. Ir. Azman Shahidin berkata penyertaan TPM dan inkubati-nya di pameran itu akan membuka mata masyarakat akar umbi untuk merebut peluang daripada pelbagai bantuan yang disediakan oleh kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk meningkatkan dan memastikan pembangunan dan pembangunan mampan perniagaan mereka .

“TPM, sebagai penggerak sains, teknologi dan inovasi (STI), mempunyai lebih dari 20 tahun pengalaman dalam industri dikluster ICT, bioteknologi dan sains hayat, kejuruteraan lanjutan dan tenaga boleh-diperbaharui. Harapan kami bahawa generasi muda akan berusaha lebih gigih dalam meneroka peluang perniagaan menerusi inisiatif STI untuk menghadapi kejayaan ekonomi global dengan menggunakan teknologi dan inovasi terkini,” tambah Azman.

Sementara itu, Kwik Mandarin akan memaparkan rangkaian produk dan perkhidmatan mereka yang berkaitan dengan konsep pembelajaran bahasa Mandarin secara elektronik yang mudah, interaktif dan berkesan untuk penutur bukan asli melalui Internet atau E-learning.

Pengasasnya, Zuraihi Maaz, yang merupakan seorang jurutera yang berpengalaman mengajar bahasa Mandarin selama lebih dari 13 tahun, berkata konsep E-learning menawarkan non-native speakers untuk mempelajari Bahasa Mandarin dengan lebih mudah dan cepat berbanding kaedah konvensional.

“Ia juga lebih murah dan menawarkan lebih banyak manfaat seperti on-demand availability serta self-pacing, faktor yang penting ketika mempelajari bahasa baru.

Sementara itu, Rafae Rauf berkata ciptaannya yang dibiayai sendiri dipanggil NOMOCLO, alat untuk menyelesaikan masalah sistem pembetungan, termasuk tandas dan sinki tersumbat. “Ia bersih, mudah digunakan dan cekap. Ia kini masih dalam peringkat prototaip dan saya berharap dapat terus meningkatkan keupayaannya ”.

Sambil mengembangkan lagi prototaipnya, Rafae menambah bahawa dia merancang untuk meletakkan syarikatnya sebagai Makmal Inovatif Terbuka di mana orang ramai dijemput untuk mennyumbang idea untuk dikomersialkan.

Technology Park Malaysia Sdn Bhd, sebuah agensi MOSTI, mempunyai infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu usahawan tekno dan usahawan yang berminat mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri iaitu ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau.

 

### Tamat ###

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Komunikasi Korporat

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

Puan Aniz Adura Abdul Majid

Pengurus Kanan, Komunikasi Strategik dan Perhubungan Pihak Berkepentingan

Tel: 603-8998 2020 

Faks: 603-8998 2110

Telefon Bimbit: 019-646 6258

Source: View Attachment
Date: October 30, 2017
Page:
Website URL:


Untitled Document