Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


GLYCOPROX BIOSCIENCES BAKAL BERPENGKALAN DI TECHNOLOGY PARK MALAYSIA

KUALA LUMPUR, OCT. 12 – Glycoprox Biosciences Corporation (GPX) dari San Francisco, Amerika Syarikat hari ini membuat persetujuan bersama TPM Biotech Sdn Bhd (TPMB) untuk berpengakalan di Malaysia di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

GPX menggabungkan glycomics generasi akan datang, instrumen yang mantap dan boleh diperbaharui (LC/MS) dan pembelajaran mesin yang mendalam untuk menambah baik diagnosis kanser, biomarker dan penemuan sasaran untuk pembangunan terapeutik yang lebih cekap.

Pertukaran dokumen kolaborasi tersebut di lalukan antara Ketua Pegawai Eksekutif GPX, Aldo Carrascoso dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Technology Park Malaysia, YBhg Dato’ Ir. Mohd Azman Haji Shahidin, dan disaksikan oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi and Inovasi, sempena Expo National Innovation and Creativity Economy 2017 (NICE 2017).

Turut hadir ialah Pengerusi TPM, YB Dato’ Ahmad Fauzi Zahari dan Pengurus TPM Biotech, Puan  Ema Ukhtiah Zakaria, serta pengurusan kanan dari Malaysian Bioeconomy Corporation  Sdn Bhd dan beberapa individu peneraju industri bioteknologi.

Mohd Azman berkata, penubuhan pengkalan GPX di makmal molekular TPM Biotech menunjukkan keyakinan mereka terhadap kemudahan dan perkhidmatan terkini yang tersedia untuk meneruskan program penyelidikan dan pembangunan mereka di Malaysia dan Asia Tenggara.

Kami bangga kerana syarikat terkenal seperti GPX memilih pengkalan operasi mereka di Technology Park Malaysia dan bekerjasama dengan TPM Biotech, tambah Azman.

Sementara itu, Aldo Carrascoso berkata industri pembangunan ubatan kanser semasa adalah sangat terhad kerana kebanyakannya memberi tumpuan kepada penggunaan sistem dan metodologi berasaskan DNA dan RNA.

Boleh dikatakan hampir tiada projek glikoproteomik yang dibiayai walaupun penemuan sasaran dan pengesahan adalah berkait dengan kaedah tradisional, menjadikan radiasi rawatan secara de facto, pembedahan atau kemoterapi. Penyelidikan baru-baru ini terhadap Glycomics telah membuktikan bahawa corak glikosilasi adalah biomarker yang berdayamaju untuk kanser.

GPX akan menjadi syaikat pertama mengkomersialkan penyelidikan terhadap Glycomics untuk penemuan sasaran dan pengesahan, yang pertama menggunakan instrumentasi lanjutan dan yang pertama menggunakan kecerdasan buatan generasi seterusnya untuk memproses data untuk mengenalpast iisyarat dan penanda yang belum ditemui. Pendekatan ini secara drastik akan mengurangkan masa untukmengenalpasti danmengesahkan sasaran kanser berasaskan glikan baru.

Para saintis AS danJurutera Komputasi kami teruja untuk meneroka peluang yang diberikan oleh Malaysia dalam bioteknologi dan sainshayat. Kami memilih Malaysia sebagai tapak pertama kami untuk kajian atas faktor ekosistem yang mengagumkan, bakat tempatan yang berpengetahuan dan sokongan kuat dari kerajaan dan industri, katanya.

GPX telah diasaskan oleh pasukan usahawan yang berpangkalan di San Francisco dengan rekod kejayaan, penciptaan nilai dalam bidang Pembelajaran Mesin, Kimia Analisis melalui Kromatografi Cecair/Spektrometri Massa dan Glikoproteomik Onkologi.

TPM Biotech, anak syarikat Teknologi Park Malaysia Corporation SdnBhd, memperoleh pentauliahan diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan pensijilan ISO9001:2008 dan IEC17025. Di samping itu, kawasan pemprosesan makanan berfungsi adalah kemudahan yang diakreditasi HACCP. Semua akreditasi, pengesahan dan kapasiti pengeluaran komersial yang besar menjadikan TPM Biotech sebagai pilihan utama untuk produk dan perkhidmatan usahawan akar umbi.

### Tamat ###

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Komunikasi Korporat

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

Puan Aniz Adura Abdul Majid

Pengurus Kanan, Komunikasi Strategik dan Perhubungan Pihak Berkepentingan

Tel: 603-8998 2020 

Faks: 603-8998 2110

Telefon Bimbit: 019-646 6258

Source: View Attachment
Date: October 12, 2017
Page:
Website URL:


Untitled Document