Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


TECHNOLOGY PARK MALAYSIA BEKERJASAMA DENGAN SBA KOREA DALAM PROGRAM INKUBASI

KUALA LUMPUR, 1 Nov - Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Seoul Business Agency (SBA) yang menguruskan Digital Media City, Korea Selatan, untuk bekerjasama membangunkan program co-incubation untuk merangsang kelompok industri ICT, bioteknologi dan sains hayat, kejuruteraan maju dan teknologi hijau.

Usahasama TPM-SBA dijalin bagi merangsang kerjasama serta mewujudkan perkongsian pintar antara usahawan dan perusahaan Korea Selatan dan Malaysia. Ia juga membolehkan kedua-dua inkubati TPM dan SBA untuk bersama-sama meneroka peluang perniagaan dan pelaburan baru dalam arena global.

MoU yang ditandatangani antara Ketua Pegawai Eksekutif SBA, Encik Joo Hyung Chul dan Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Dato’ Ir. Mohd Azman Hj. Shahidin, berikutan lawatan Encik Joo ke Technology Park Malaysia bersama delegasi termasuk Pengarah SBA, Encik Lee Jin Soo dan Penolong Pengurus, Encik Ma Ryun Kyoung. Pengerusi TPM, Dato’ Ahmad Fauzi Zahari turut menyaksikan majlis menandatangani MoU berkenaan.

Pelbagai aktiviti bagi kerjasama di antara kedua-dua pihak seperti berikut:

  1. Membangunkan program co-incibation untuk PKS daripada kedua-dua pihak;
  2. Aktiviti bimbingan akses kepada pasaran, pembiayaan, teknologi dan pakar;
  3. Bantuan pengkhususan dan penggunaan bersama kemudahan secara pro bono dalam penerokaan perniagaan;
  4. Akses kepada perkongsian dan rangkaian;
  5. Nasihat perniagaan yang berkaitan dengan keadaan perniagaan tempatan dan keperluan; dan
  6. Mana-mana perkara berkaitan kerjasama yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dalam masa terdekat.

 Menurut Dato’ Ahmad Fauzi, konsep co-incubation menyediakan platform untuk pusat inkubator, taman teknologi atau universiti dalam dan luar negara untuk berkongsi sumber dalam menyumbang ke arah pembangunan perniagaan baru.

Beliau berkata dengan menggunakan konsep tersebut, pusat inkubator dapat beroperasi dengan lebih efisyen pada kos yang lebih rendah menggunakan sumber sedia-ada.

“Pelaksanaan konsep dan inisiatif seperti ini akan memberi faedah kepada usahawan dan/atau syarikat permulaan di rantau APEC / ASEAN. Ia akhirnya akan turut manfaatkan inkubator.

“Ini adalah berdasarkan kepada andaian bahawa inkubator di rantau ini adalah terbuka kepada usahasama inter-operability dengan inkubator lain; sumber yang ditawarkan adalah sama dan amalan seragam dilaksanakan atau diguna pakai oleh inkubator di rantau ini yang mengambil bahagian, untuk memastikan bahawa syarikat-syarikat baru diberi peluang yang sama di setiap negara,” jelas Fauzi.

Dalam usaha untuk mengembangkan aktiviti pengantarabangsaan, TPM, setakat ini telah mewujudkan program co-incubation dengan Hong Kong, Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand, Vietnam dan Korea Selatan.

Technology Park Malaysia Sdn Bhd, sebuah agensi MOSTI, mempunyai infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu usahawan yang berminat untuk mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri, iaitu, ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau.


--- Tamat ---

 

Dikeluarkan oleh:

Jabatan Komunikasi Korporat

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Jamilah Taib,

Pengurus Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pengurusan Pihak Berkepentingan

Tel: 603-8998 2020    

Fax: 603-8998 2110

H/P: 019 – 281 8220

Source: View Attachment
Date: October 31, 2016
Page:
Website URL:


Untitled Document