Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


TPM MENGINPIRASIKAN PELAJAR DENGAN AKTIVITI STIMULASI KERJAYA DI BIDANG S.T.E.M

BANDAR MELAKA, 23 SEPTEMBER – Aktiviti stimulasi kerjaya mengenai peluang-peluang yang ditawarkan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) yang dijalankan oleh Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) dijangka mendapat sambutan hangat di kalangan pelajar sekolah.

Aktiviti tersebut yang dianjurkan TPM diadakan bermula hari ini hingga 25 September, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Dataran Pahlawan Melaka Megamall sempena program Karnival Creativity & Science4U, Melaka, anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Pada masa yang sama, taklimat kerjaya yang bertemakan “Kerjaya Di Bidang STEM”, akan disampaikan oleh wakil dari Jabatan Komunikasi Korporat TPM di SMK Seri Pengkalan, Alor Gajah pada Jumaat 23 September. Pelajar digalakkan untuk mengambil peluang untuk meneroka bidang kerjaya STEM ditaklimat tersebut.

Dalam sesi temubual, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat TPM, Puan Jamilah Taib berkata dengan pembangunan sosial dan ekonomi yang pesat di Malaysia terdapat satu keperluan mendesak negara untuk menerima-pakai teknologi dan inovasi terkini untuk terus membina dan mengekalkan pertumbuhan keseluruhan negara itu ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Beliau berkata, bidang sains, teknologi dan inovasi menawarkan peluang besar dengan masa depan yang cerah untuk mereka yang ingin meneruskan kerjaya mereka dalam bidang ini.

Usaha-usaha kerajaan dalam mempromosikan bidang sains, teknologi dan inovasi tidak dapat dielakkan demi memenuhi cita-cita negara untuk mencapai bukan sahaja status maju, tetapi juga keperluan untuk membina sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang boleh membantu menggerakkan rantaian nilai ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang mampan pada masa hadapan”.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Dato’ Ir. Mohd Azman Shahidin, negara memerlukanlebih ramai saintis dan technologis untuk melonjakkan negara ke era peningkatan teknologi yang lebih tinggi yang menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi dan masyarakat. negara yang kaya dan maju memiliki nisbah sainstis yang lebih tinggi. Pada tahun 2020, kita ingin mencapai nisbah 70 sainstis untuk setiap 10,000 populasi.

Memetik peranan penting TPM sebagai pemandu dibidang sains, teknologi dan inovasi, Azman berkata syarikat itu telah menarik para penyelidik dan industri dari sektor pertumbuhan berganda, memiliki peralatan canggih dan makmal-makmal serta menyediakan sokongan pengkomersilan profesional.

Untuk menggalakkan interaksi para pelajar untuk memenuhi cita-cita mereka, gerai TPM akan menjemput mereka mengambil gambar secara percuma sambil berpakaian kerjaya masing-masing dengan nama mereka dan “playcard” seperti dalam kluster sains, teknologi dan inovasi.

Di samping itu, para pelajar juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dalam cabutan bertuah untuk kuiz kerjaya yang bertumpu kepada topik sains dan teknologi.

Karnival Creativity & Science4U dijangka menarik ribuan pengunjung yang terdiri daripada pelajar, guru-guru dan ibu bapa. Para peserta bakal disajikan dengan demonstrasi sains, sesi teknikal, pameran perkakasan saintifik, inovasi terkini dan pertandingan sains di kalangan sekolah-sekolah serta pelbagai aktiviti lain.

TPM telah dikenal pasti sebagai tuan rumah bagi pelaksanaan program-program pembinaan keupayaan dalam bidang Kejuruteraan Lanjutan, Sains dan Inovasi untuk menjana pendapatan tinggi. Dijalankan bersama beberapa universiti tempatan, ianya bertujuan mewujudkan satu rangkaian kerjasama di kalangan sektor swasta dengan memberi tumpuan kepada penyelidikan untuk mengubah kejuruteraan lanjutan dan sektor IT, berkhidmat sebagai pemangkin bagi sektor pertumbuhan tinggi dan memacu inovasi.

Technology Park Malaysia Corporation Malaysia Sdn Bhd adalah taman teknologi perintis dan terkemuka di Malaysia, yang merangkumi seluruh 686 ekar tanah. Sejak penubuhannya pada tahun 1996, ia telah memberi tumpuan kepada perkhidmatan ICT, kejuruteraan lanjutan, bioteknologi herba dan Pusat Inovasi Inkubator.


--- Tamat ---


Dikeluarkan oleh:

Jabatan Komunikasi Korporat

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Jamilah Taib,

Pengurus Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pengurusan Pihak Berkepentingan

Tel: 603-8998 2020       

Fax: 603-8998 2110

H/P: 019 – 281 8220 

Source: View Attachment
Date: September 23, 2016
Page:
Website URL:


Untitled Document