Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


PROGRAM MSI ECO-GENSET OLEH TECHNOLOGY PARK MALAYSIA DI MELAKA DIRASMIKAN OLEH TIMBALAN MENTERI MOSTI

MELAKA, 30 OGOS – Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) hari ini menyumbangkan 80 unit penjana bekalan kuasa mesra alam (eco genset) kepada penjaja pasar malam terpilih di bawah program MOSTI Social Innovation (MSI) program serta projek perintis untuk menyemai teknologi dan inovasi di kalangan masyarakat setempat.

Program MSI juga bertujuan menguji inovasi mesra alam yang dibangunkan dalam negara untuk menilai daya maju produk dan daya maju pasaran. TPM telah membangunkan penjana bekalan kuasa inovatif tersebut menggunakan bateri yang boleh diperbaharui untuk menggantikan penjana diesel konvensional.

Eco Genset tersebut diserahkan kepada penjaja pasar malam oleh Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk. Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh TPM hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Ir. Mohd Azman Hj. Shahidin berkata, projek itu yang dibiayai oleh MOSTI di bawah program MSI yang bertujuan berbakti kepada masyarakat. Ianya juga menggariskan sokongan TPM untuk pengkomersialan inovasi Malaysia.

Azman berkata salah satu cara yang paling praktikal untuk menguji dan menilai potensi komersial sesuatu inovasi baru yang dibangunkan adalah dengan menggalakkan penggunaan inovasi tersebut oleh masyarakat.

“Bagi menggalakkan pertumbuhan pembangunan teknologi dan inovasi, ia adalah penting untuk mengambil kira penerimaan pasaran bagi sesuatu inovasi. Adalah sia-sia bagi seorang pencipta untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang inovatif jika tiada penerimaan pasaran,” kata Azman.

Eco Genset yang dibangunkan dalam negara adalah sangat sesuai untuk penjaja pasar malam kerana ia adalah mudah alih, padat dan ringan. Dengan saiznya 13 x 21.5 x 11.5 cm (lebar, panjang dan tinggi) ia mempunyai berat kira-kira 3 kg sahaja.

Ia mempunyai output AC maksimum 150 W, dua unit soket USB, empat unit DC output 12V dan paparan LCD. Apabila dicas sepenuhnya, ianya boleh mencecah sehingga lima jam.

Menggunakan teknologi lithium polimer terkini, Eco Genset adalah satu produk mesra alam dan sesuai untuk kegunaan luar, terutama untuk penjaja pasar malam, gerai dan aktiviti berkelah. Ia juga boleh berfungsi sebagai sebagai penjana sandaran untuk kegunaan isi rumah.

Unit ini adalah mudah untuk beroperasi dan menawarkan faedah penjimatan kos. Merangkumi ciri-ciri teknologi hijau, ia mempunyai reputasi mesra alam dengan ciri-ciri kelebihan seperti senyap, tidak berbau dan tanpa asap apabila beroperasi.

Technology Park Malaysia Sdn Bhd, sebuah agensi MOSTI, mempunyai infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu usahawan yang berminat untuk mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri, iaitu, ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau.

 

--- Tamat ---


Dikeluarkan oleh:

Jabatan Komunikasi Korporat

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Jamilah Taib,

Pengurus Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pengurusan Pihak Berkepentingan

Tel: 603-8998 2020    

Fax: 603-8998 2110

H/P: 019 – 281 8220 

Source: View Attachment
Date: August 30, 2016
Page:
Website URL:


Untitled Document