Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


TPM BIOTECH HOS SEMINAR E-DAGANG DAN PEMASARAN DALAM TALIAN

KUALA LUMPUR, 26 OGOS – TPM Biotech Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) dengan sokongan dari Dewan Perniagaan Usahawan Siber Malaysia (DPUSM), TEKUN, SME Bank and Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengadakan seminar sehari yang membincangkan kaedah pemasaran dalam talian dan e-dagang untuk syarikat permulaan dan syarikat IKS.

Seminar sehari tersebut bertemakan Merdeka Minda dianjurkan sempena sambutan Hari Merdeka pada hari Sabtu, 27 Ogos di Auditorium, Resource Centre, Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pengerusi sekretariat penganjur yang juga Ketua Pemangku TPM Biotech, Encik Zainal Abidin Bakri berkata acara itu dijangka menarik kira-kira 200 peserta termasuk pemilik produk. Majlis dirasmikan oleh Pengerusi TPM, Dato’ Ahmad Fauzi bin Zahari, yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa.

Ahmad Fauzi berkata objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan, faedah dan peluang yang besar yang ditawarkan oleh platform e-dagang yang berkembang pesat dan pemasaran online.

“Para peserta berpeluang untuk meneroka kaedah yang melibatkan kontrak pembuatan secara OEM, proses pembangunan produk, strategi pemasaran serta memaksimumkan peluang e-dagang.

“Kami juga telah menjemput beberapa orang pakar dan usahawan online yang berjaya dalam bidang pemasaran e-dagang dan dalam talian untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mereka mengenai cara mencapai kejayaan. Untuk membantu mereka yang berpotensi dan bakal usahawan, kami juga telah menjemput SSM untuk membuka booth bagi membantu peserta dalam urusan pendaftaran syarikat baru dan/atau pemilik tunggal.

“Selain itu, wakil-wakil dari DPUSM dan agensi-agensi kerajaan lain seperti TEKUN dan SME Corp akan berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan mereka, bantuan kewangan dan operasi untuk syarikat permulaan, usahawan kecil dan PKS,” tambah Ahmad Fauzi.

Antara penceramah pada seminar tersebut ialah Saudara Asrul Rustam Roslie, Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Siber Malaysia; Mentor Redzwan Baharudin, Usahawan Online berjaya; Saudari Michelle Chuah, Pengasas Supermodel Secret dan Pengarah IdeaOne Bhd; Saudara Shahzam, Pengarah Antz Corporation; dan Saudara Zainal Abidin Bakri, Pemangku Ketua, TPM Biotech.

Pada seminar tersebut, peserta akan diberi kedai online percuma dan peluang untuk bertemu dengan pemilik produk bagi mereka memulakan perniagaan online mereka segera.

Yuran penyertaan bagi seminar adalah RM149.00, termasuk makan tengah hari. Mereka yang berminat boleh hubungi Puan Liza di 03 – 8996 3557 atau Cik Nurul di 03 – 8996 3558.

Technology Park Malaysia Sdn Bhd, sebuah agensi MOSTI, mempunyai infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu usahawan yang berminat untuk mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri, iaitu, ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau.

 

--- Tamat ---


Dikeluarkan oleh:

Jabatan Komunikasi Korporat

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Jamilah Taib,

Pengurus Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pengurusan Pihak Berkepentingan

Tel: 603-8998 2020    

Fax: 603-8998 2110

H/P: 019 – 281 8220

Source: View Attachment
Date: August 26, 2016
Page:
Website URL:


Untitled Document