Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


LAWATAN PELAJAR UNIVERSITI AUSTRALIA KE TECHNOLOGY PARK MALAYSIA MEMPERKASA HUBUNGAN DUA HALA

KUALA LUMPUR, JULY 14 – Kunjungan seramai 23 pelajar pertukaran dari Australia dari INTI College kampus Subang ke Technology Park Malaysia (TPM) telah membuka peluang kepada hubungan dua hala yang lebih kukuh di bidang keusahawanan kepada generasi masa hadapan Australia dan Malaysia.

Delegasi pelajar tersebut yang dalam rangka 5 hari lawatan sambil belajar ke Malaysia telah memilih TPM sebagai salah satu sasaran kajian sebagai memenuhi syarat kurikulum Business International Study Tour.

Diketuai oleh  Dr. Graham Bowrey, Ketua Pelajar, Fakulti Perniagaan, Sekolah Perakaunan, Economi & Kewangan, Universiti Wollongong Australia (UOW), delegasi pelajar itu merangkumi pelajar ijazah sarjanamuda dari pelbagai disiplin bidang pengajian seperti pemasaran, pengurusan, sumber manusia, perhubungan awam dan ekonomi.  

Dr. Bowrey berkata antara objektif lawatan sambil belajar ke TPM ini adalah untuk membolehkan para pelajar berkenaan menghargai dan memahami persekitaran operasi komersil khususnya di Malaysia dan Singapura. Lawatan ini juga membolehkan para pelajar berkenaan untuk mengenalpasti dan membuat perbandingan amalan persekitaran operasi komersil di antara tiga buah negara iaitu Australia, Singapura dan Malaysia.

“Yang lebih penting, lawatan ini membuka peluang kepada para pelajar kami untuk mengamati secara lebih dekat dan memberi lebih kefahaman kepada mereka tentang keunikan aktiviti yang saling berkait antara satu sama lain meskipun mereka berbeza disiplin pengajian dalam konteks dalam konteks kehidupan rakyat Malaysia dan Singapura.”

“Sejujurnya kami merasa sangat kagum dengan pengwujudan TPM yang telah membuka mata dan minda pelajar kami khususnya  perkhidmatan Makmal Sains Halal.   Kami percaya lawatan ini akan menjadi pemulaan kepada hubungan masa hadapan yang lebih gemilang dalam hubungan kerjasama perdagangan dan pelaburan antara usahawan Australia dan Malaysia,” katanya. 

Sementara itu, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Dato’ Ir. Mohd Azman Haji Shahidin berkata lawatan pelajar antarabangsa dari UOW ini adalah bukti pengiktirafan kepada Technology Park Malaysia sebagai antara taman teknologi disegani di rantau Asia Pasifik. 

“Adalah menjadi aspirasti kita di TPM untuk memperkasa generasi muda khususnya pelajar dalam negara untuk melihat secara serius dan memberi perhatian yang tinggi kepada pembangunan bakat dan pengetahuan mereka di bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM)”.

“Generasi muda kita seharusnya sedar bahawa tidak akan ada halangan jika kita benar-benar mahu berjaya dan mencapai ekonomi berasaskan pengetahuan ke arah menuju negara maju,” kata Azman.

Delegasi pelajar berkenaan selain diberikan taklimat dan tayangan video korporat, mereka berpeluang meninjau Pusat Inovasi dan Inkubasi. Mereka menunjukkan minat yang ketara dan banyak bertanya soalan berhubung syarikat permulaan, pembangunan keusahawanan, khidmat nasihat pengkomersilan, perkhidmatan makmal halal, dan aspirasi masa depan TPM yang akan memasuki fasa generasi ke 5.  

Technology Park Malaysia Sdn Bhd, adalah salah satu agensi di bawah MOSTI dilengkapi infrastruktur bersepadu, kemudahan canggih dan perkhidmatan sokongan kepada usahawan tekno dan usahwan lain khususnya mereka yang berminat membangunkan dan mengkomersilkan idea mereka di empat kluster industri iaitu ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau.


### tamat ###

 

 

Disediakan Oleh:

Jabatan Komunikasi Korporat

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

Untuk pertanyaan lanjut:  

Puan Jamilah Taib,

Pengurus Kanan, Strategik Komunikasi & Pengurusan Pihak Berkepentingan.

Tel: 603-8998 2020    

H/P: 019 2616337 / 019 – 281 8220   Fax: 603-8998 2110 

Source: View Attachment
Date: July 14, 2016
Page:
Website URL:


Untitled Document