Untitled Document
Bahasa Malaysia | English a a+ a-
Press Release
Home > Media Gallery > News & Events > Press Release


TECHNOLOGY PARK MALAYSIA BERKONGSI KEGEMBIRAAN RAYA DENGAN 40 KANAK-KANAK KURANG BERNASIB BAIK

TANGGA BATU, MELAKA, 30 Jun - Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) hari ini menaja 40 kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk membeli-belah bagi meraikan kegembiraan Hari Raya Aidilfitri minggu depan.

Kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini telah dibawa ke Mydin Wholesale Hypermarket MITC, Melaka, dan diberi baucer RM150 seorang untuk memilih pakaian Hari Raya pilihan mereka dan barangan isi rumah.

Semangat penyayang dan perkongsian di bulan Ramadan yang suci yang dipupuk oleh TPM telah disampaikan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik tersebut oleh Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.

Turut hadir pada majlis itu untuk membantu kanak-kanak memilih pakaian Hari Raya baru mereka merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Dato’ Ir. Mohd Azman Haji Shahidin, yang diiringi oleh pasukannya dari Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Perkhidmatan Korporat.

Azman berkata inisiatif TPM adalah untuk membawa keceriaan kepada 40 kanak-kanak dan membantu menyebarkan kegembiraan Hari Raya kepada golongan miskin di kawasan luar bandar.

Inisiatif ini oleh TPM sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat kami dalam menyumbang semula kepada masyarakat semasa musim perayaan.

Kami memang sangat terharu menyaksikan kebahagiaan dan senyuman daripada anak-anak yang tidak berpeluang menikmati perkara asas semasa musim perayaan. Inisiatif ini berfungsi sebagai peringatan kepada kita untuk sentiasa mengamalkan sifat belas kasihan dan bersyukur atas segala nikmat,” katanya.

Selain daripada acara ini, TPM turut menyumbangkan bahan makanan berjumlah kira-kira RM4,000.00 kepada 200 keluarga miskin secara berasingan.

Program tanggungjawab sosial korporat TPM juga termasuk inisiatif yang berkaitan dengan sains, teknologi dan inovasi di peringkat akar umbi.

Sejak tahun 2006, Technology Park Malaysia telah menjadikan ia sebagai acara tahunan untuk menjadi tuan rumah majlis berbuka puasa untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan rumah-rumah kebajikan terpilih di Lembah Klang dan negeri-negeri lain.

--- Tamat ---


Dikeluarkan oleh:

Jabatan Komunikasi Korporat

Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Jamilah Taib,

Pengurus Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pengurusan Pihak Berkepentingan

Tel: 603-8998 2020    

Fax: 603-8998 2110

H/P: 019 – 281 8220

Source: View Attachment
Date: June 30, 2016
Page:
Website URL:


Untitled Document